Tuesday, October 4, 2011

sedikitnya lelaki dan ramainya wanita

Saya kini sedang membaca sebuah buku berjudul "99 Peristiwa Ajaib yang Mengubah Dunia". Dalam buku ini terdapat satu peristiwa yang menarik perhatian saya, yang mana ianya semakin jelas terpampang di mata kita hari ini. Keadaan ini boleh kita perhatikan di persekitaran kita khususnya dan di Malaysia amnya.

Ungkapan "Sedikitya Lelaki dan Ramainya Wanita" boleh diguna dalam apa bidang sekalipun. Pendidikan, Perniagaan, Perkhidmatan dan sebagainya. Cuma ketenteraan saja masih ramai lelaki.

Menurut buku tersebut:
Diriwayatkan oleh Imam Bukhari dalam kitab sahihnya, yang bersumber dari Anas Radhiyallahu 'Anhu, ia berkata; sungguh aku menyampaikan kepada kamu sebuah hadis yang tidak bakal diceritakan lagi oleh seorang pun sesudahku, iaitu: bahawa aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:

"Di antara tanda-tanda hari kiamat itu ialah kian berkurangan ilmu pengetahuan, kian umumnya kebodohan, kian terang-terangannya dilakukan perbuatan zina, kain meningkatnya jumlah wanita, sebaliknya kian menyusutnya jumlah kaum lelaki, sehingga untuk lima puluh orang wanita hanya ditanggun oleh satu orang laki-laki." (HR Bukhari)

Dengan mudah kita mendapatkan fakta yang telah digambarkan oleh baginda SAW. Kini ilmu pengetahuan sudah mulai menghilang, sebaliknya kebodohan sudah merata di tengah-tengah masyarakat. Sehingga agama pun sudah menjadi asing. Minuman keras diminum secara terang-terangan, sehingga perbuatan tersebut tidak lagi dianggap buruk, bahkan telah menjadi kebanggaan suatu kaum dan kemegahan. Jumlah kelahiran bayi lelaki sudah mula berkurang, sedangkan jumlah kelahiran bayi perempuan semakin meningkat (Hasan Muhd al-Khairun). Pembuangan bayi juga semakin berleluasa dan statistik menunjukkan pada tahun 2000-2008, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) melaporkan terdapat lebih 257,000 sijil kelahiran didaftarkan tanpa catatan nama bapa (www.pengerindu.com).

bersambung...

No comments:

Post a Comment