Thursday, September 30, 2010

Wanita ciptaan istimewa

beruntungnya kita menjadi wanita/perempuan.. Tapi kadang-kadang kita selalu mengungkapkan kata seperti" best la jadi lelaki, semua senang." Padahal masing2 ade kelebihan yang dah tersurat dan tersirat. Istimewanya wanita kita diberi kelebihan untuk mengandung dan melahirkan anak..betapa unik dan istimewanya perasaan seorang wanita yang melalui dua pengalaman ini..untung la wanita yang mempunyai ramai anak. tahniah buat kawan2 yang sudah dapat baby dan yang akan dapat baby lagi...kepada yang belum dapat (saya pun), insyaAllah rezeki tu akan ada..cuma masanya belum tiba..jom sama sama doa agar dimurahkan rezeki...

saya nak kongsi sedikit info yang saya dapat melalui email mengenai wanita ciptaan istimewa.

1. Kecantikan seorang wanita ialah terletak sejauh mana ia dapat menahan(menjaga) malunya, sementara kegagahan seorang lelaki ialah terletak sejauh mana ia dapat menahan (menjaga) marahnya.

2. Orang yang membujang adalah orang yang belum menemukan penghibur duka dan dia baru memperolehinya dengan berkahwin.

3. Suami adalah orang yang mencari kebahagiaan hidup dengan menghilangkan sebahagian kemerdekaannya.

4. Wanita menghadapi banyak permasalahan sebahagian diatasi dengan berkahwin dan sebahagian yang lain diatasi setelah dia masuk ke liang kubur.

5. Mata yang paling indah tetapi juga harus diwaspadai adalah mata kaum wanita.

6. Jangan menyalahkan perasaan isteri anda kerana perasaannya yang terbaik ialah ketika ia menerima anda sebagai suami.

7. Perawan tua ialah wanita yang kehilangan kesempatan menyusahkan seorang lelaki.

8. Yang diinginkan seorang gadis dari dunia ini hanyalah seorang suami, dan apabila ia sudah memperolehinya, ia menginginkan segala-galanya.

9. Wanita bisa memaafkan suatu pengkhianatan suaminya, tetapi dia tidak bisa melupakannya.

10. Kecantikan wanita tidak bererti apa-apa dibandingkan dengan kemuliaan akhlak dan perilakunya.

11. Sebelum kahwin, wanita hafal seluruh jawapan dan sesudah kahwin, ia hafal seluruh pertanyaan.

12. Barangsiapa mengahwini wanita kerana hartanya, maka dia telah menjual kemerdekaannya.

13. Wanita adalah bintang dan pelita bagi lelaki. Tanpa pelita, lelaki bermalam dalam kegelapan.

14. Wanita lebih cepat daripada lelaki dalam menangis dan dalam mengingatkan peristiwa yang menyebabkan dia menangis.

15. Wanita tertawa bila ia mampu dan menangis apabila ia menginginkan sesuatu.

16. Pudarlah kebahagiaan seorang wanita jika ia tidak mampu menjadikan suaminya teman yang termulia.

17. Wanita sangat berlebihan dalam mencintai dan membenci, dan tidak mengenal pertengahannya.

18. Wanita selalu tergolong manusia halus dan lembut sampai saat dia berkahwin.

19. Tidak mungkin seorang lelaki hidup bahagia tanpa didampingi oleh isteri yang mulia.

20. Wanita hidup untuk berbahagia dengan cinta, sementara lelaki mencintai untuk hidup berbahagia.

21. Kebijaksanaan wanita terletak di dalam hatinya.

22. Seorang wanita yang bijaksana menambahkan gula pada kalimatnya setiap kali berbicara dengan suaminya, dan mengurangi garam pada ucapan suaminya.

23. Cincin perkahwinan adalah cincin termahal di dunia, sebab mengharuskan pemberinya mengingatkan harganya setiap bulan tanpa henti.

24. Sesungguhnya tidak ada wanita yang sangat cantik, yang ada ialah kaum lelaki yang sangat lemah bila berhadapan dengan kecantikan.

25. Bagi lelaki, yang terakhir kali mati ialah jantungnya dan bagi wanita adalah lidahnya.

26. Wanita tidak diciptakan untuk dikagumi semua lelaki tetapi sebagai sumber kebahagiaan seorang suami.

27. Pada waktu bertunang, lelaki banyak berbicara dan perempuan mendengarkan. Pada saat perkahwinan, perempuan berbicara dan pengantin lelaki mendengarkan. Sesudah perkahwinan, suami dan isteri banyak berbicara dan para jiran tetangga mendengarkan.

28. Setiap wanita mempunyai dua mata. Adapun wanita yang cemburu berlebihan mempunyai tiga mata. Satu di sebelah kanan, satu di sebelah kiri dan yang ketiga diarahkan kepada suami.

29. Wanita pada umumnya takut akan tiga hal : tikus, munculnya uban dan wanita-wanita cantik yang menjadi saingannya.

30. Isteri yang bersikap jujur dan setia kepada suami meringankan setengah beban kehidupan suaminya.

31. Seorang wanita menghadapi kesulitan apabila ia berada di antara lelaki yang dicintainya dan yang mencintainya.

32. Wanita hiasan dunia seindah hiasan adalah wanita solehah.

beruntungnya kita menjadi makhluk Allah sama ada lelaki atau perempuan..yang kita perlu buat..syukur padaNya...

qoute

berfantasi membina kenyataan itu satu perjuangan tapi berjuang menyatakan fantasi itu adalah khayalan. -Pakcik Din(ujang).

Tuesday, September 21, 2010

kelebihan yassin

dua minggu lepas saya ada membaca sebuah buku bertajuk "tafsir surah yasin". buku ini adalah koleksi kuliah ceramah dari ustazah Dr Fatma Elzahraa Muhd Ramadan pada tahun 2005. kuliah ini khas untuk rakaman VCD. tapi VCD tu saya belum tonton lagi..hehhee..tak berkesempatan... tapi buku nya dah khatam...(nipis je pun)


sebenarnya saya nak kongsi beberapa ilmu yang saya dapat dari buku ini,


1. Kenapa yasin selalu dibaca ketika ada kematian??
Rasulullah pernah bersabda mafhumnya; " Bacalah Yasin di tempat orang mati kamu." ada orang kata, yasin dapat memudahkan segala urusan yang susah. contohnya, penggali kubur yang mendengar bacaan yasin, dapat menggali kubur dengan lebih mudah, orang yang memandikan mayat, apabila terdengar bacaan yasin dapat menjalankan urusan memandikan dengan lebih lancar.
Selain itu, bacaan yasin dapat memberi kesedaran/keinsafan kepada orang yang hidup. kandungan yasin ada membawa maksud bahwa Allah boleh melakukan segala sesuatu(kun fayakun), Allah boleh menghidupkan kembali orang yang sudah mati (berlakunya kiamat). Oleh itu, janganlah kita merasa sedikit 'kedekut' untuk sedekahkan yasin kepada mereka yang telah kembali.


2. yasin biasanya dibaca pada malam jumaat..tapi terdapat satu hadis dhaif yang menyatakan "barangsiapa baca yasin sebelum tidur, sama banyak dengan khatam Quran sepuluh kali." Seelok-eloknya, apa salah kita mengikut sunnah nabi yang membaca yasin setiap malam sebelum tidor.


3. ayat pendinding diri (orang berniat jahat tidak nampak kita) - baca ayat 1-9 surah yasin.



4. adab membaca Quran. jika kita membaca Quran dan tetiba hendak bercakap mengenai perkara lain. hendaklah kita berhenti seketika dengan mngucapkan Sodaqallahul'azim dulu, lepas tu baru bercakap dengan orang. dan bila nak sambung balik, mesti baca A'uuzubillahi minas-syhaitaanir rajiim.


5. ayat hilang sedih - ayat 76



6. ayat 58 - merupakan ayat untuk menghilang segala perasaan, seperti takut, sedih, kecewa, sakit dan sebagainya (Salaamun qaulan min rabbir-rahiim: selamat dan rahmat daripada tuhan yang maha rahmah).





laman web ini pakar how to ada menerangkan kelebihan surah yasin.