Thursday, April 19, 2012

6 cara mengubati buruk sangka

6 Panduan telah digariskan oleh Imam Al-Ghazali supaya kita tidak bersifat sombong, angkuh, takabbur dan buruk sangka:

1- Jika berjumpa dengan kanak-kanak, anggaplah kanak-kanak itu lebih mulia daripada kita. Kerana kanak-kanak belum banyak melakukan dosa.

2- Apabila bertemu dengan orang tua, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana dia sudah lama beribadat kepada Allah SWT berbanding dengan kita.

3- Jika bertemu dengan orang alim, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana dia lebih banyak ilmu yang dipelajari dan lebih banyak mengetahui berbanding dengan kita.

4- Apabila bertemu dengan orang jahil, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mereka melakukan dosa dalam kejahilan. Sedangkan kita melakukan dosa dalam keadaan mengetahui.

5- Jika melihat orang jahat, jangan anggap kita lebih mulia daripada mereka kerana mungkin disuatu hari nanti mereka akan insaf dan bertaubat atas kesalahan yang telah mereka lakukan.

6- Apabila bertemu dengan orang kafir, katakan di dalam hati bahawa mungkin suatu hari nanti mereka akan diberi hidayah oleh Allah SWT dan akan memeluk Islam, maka segala dosa mereka akan diampuni oleh Allah SWT.

Kitab Rayuan dan Janji Iblis Laknatullah. M/S : 127.
— with Lyna Liyana.
from: FB

Sunday, April 15, 2012

kisah epal dan rokok

Seorang lelaki bercerita, "Ketika aku melaksanakan solat tahiyyatul masjid, aku mencium bau asap rokok yang menyengat dan mengusik khusyukku. Setelah mengucapkan salam, aku menoleh mencari sumber bau. Aku mendapati seorang lelaki Mesir dengan bibirnya yang hitam. "Aku akan menasihatinya nanti setelah solat," gumamku. Namun, seorang anak kecil berusia sekitar 9 tahun tiba-tiba menghampiri lelaki tersebut. Terjadilah dialog antara mereka berdua.

Si anak membuka bicara,

"Assalamu'alaikum pakcik. Pakcik dari Mesir?"

"Ya pakcik dari Mesir."

"Pakcik kenal Syeikh Abdul Hamid Kasyak?"

"Ya, pakcik kenal."

"Syeikh Jadul Haqq?"

"Ya, pakcik kenal."

"Syeikh Muhammad Al-Ghazali?"

"Ya, pakcik kenal."

"Pernah tak pakcik dengar kaset-kaset ceramah dan fatwa mereka?"

"Ya, pakcik pernah dengar."

"Bukankah mereka semua tu adalah para syeikh (alim ulama') yang mengatakan bahawa rokok tu haram, tapi kenapa pakcik membelinya?"

Dengan agak tergagap, lelaki itu menjawab, "Bagi pakcik, rokok tak haram!"

"Rokok hukumnya haram, pakcik. Bukankah Allah telah berfirman, 'Dan (Allah) mengharamkan bagi mereka segala yang buruk.' Pakcik ada ke baca bismillah dan ucap alhamdulillah sebelum dan selepas merokok?" tegas anak kecil itu.

"Dalam Al-Quran takde ayat yang secara tegas menyatakan bahawa rokok tu haram," sangkal pakcik tu.

"Pakcik, rokok tu haram, sebagaimana buah epal juga haram," lanjut si kecil.

Lelaki Mesir itu pun mula naik pitam dan berkata, "Buah epal haram? Atas dasar apa kamu menghalalkan dan mengharamkan, wahai anak kecil?"

"Cuba pakcik beritahu ayat Al-Quran yang secara tegas menyatakan bahawa epal tu halal," pinta si kecil.

Lelaki itu bingung dan diam terpaku. Tidak sanggup lagi dia berbicara. Air matanya tumpah hinggalah ketika iqamat dikumandangkan. Selesai solat, lelaki itu menoleh ke arah anak kecil itu dan berkata, "Nak, pakcik bersumpah demi Allah, pakcik takkan morokok lagi buat selamanya." "

Alhamdulillah...

* Kisah di atas diolah dan dialihkan sedikit ke dalam bahasa melayu. "Athfal Lakin Du'at" karya Nashir Syafi'i...

kredit to: jom berdakwah di FB

Wednesday, April 4, 2012

Kisah meninggalkan Khianat, mendapat Rahmat

Al-Qadhi Abu Bakar Muhammad bin Abdul Baqi bin Muhammad Al-Bazzar Al-Anshari berkata: "Dulu, aku pernah berada di Mekah semoga Allah Subhanahu wa Ta'ala selalu menjaganya, suatu hari aku merasakan lapar yang sangat.

Aku tidak mendapatkan sesuatu yang dapat menghilangkan laparku. Tiba-tiba aku menemui sebuah kantung dari sutera yang diikat dengan kaus kaki yang diperbuat dari sutera juga.

Aku memungutnya dan membawanya pulang ke rumah. Ketika aku buka, aku dapatkan didalamnya sebuah kalung permata yang tidak pernah aku lihat sebelumnya.

Aku lalu keluar dari rumah, dan pada masa itu ada seorang bapa tua yang berteriak mencari kantungnya yang hilang sambil memegang kantung kain yang berisi wang lima ratus dinar.

Dia mengatakan, 'Ini adalah bagi orang yang mahu mengembalikan kantung sutera yang berisi permata'.

Aku berkata pada diriku, 'Aku sedang memerlukann, aku ini sedang lapar. Aku boleh mengambil wang dinar emas itu untuk aku manfaatkan dan mengembalikan kantung sutera ini padanya'.

Maka aku berkata pada bapa tua itu, 'Hai, kemarilah'. Lalu aku membawanya ke rumahku. Setibanya di rumah, dia menceritakan padaku ciri kantung sutera itu, ciri-ciri kaus kaki pengikatnya, ciri-ciri permata dan jumlahnya berikut benang yang mengikatnya.

Maka aku mengeluarkan dan memberikan kantong itu kepadanya dan dia pun memberikan untukku lima ratus dinar, tetapi aku tidak mahu mengambilnya.

Aku katakan padanya, 'Memang seharusnya aku mengembalikannya kepadamu tanpa mengambil upah untuk itu'.

Ternyata dia berkeras, 'Kau patut menerimanya', sambil memaksaku terus-menerus. Aku tetap pada pendirianku, tak mahu menerima.

Akhirnya bapa tua itu pun pergi meninggalkanku. Adapun aku, beberapa waktu setelah kejadian itu aku keluar dari kota Makkah dan berlayar dengan perahu.

Di tengah laut, perahu tumpangan itu pecah, orang-orang semua tenggelam dengan harta benda mereka. Tetapi aku selamat, dengan menumpang potongan papan dari pecahan perahu itu. Untuk beberapa waktu aku tetap berada di laut, tak tahu ke mana hendak pergi!

Akhirnya aku tiba di sebuah pulau yang berpenduduk. Aku duduk di salah sebuah masjid mereka sambil membaca ayat-ayat Al-Qur'an.

Ketika mereka tahu bagaimana aku membacanya, tidak seorang pun dari penduduk pulau tersebut kecuali dia datang kepadaku dan mengatakan, 'Ajarkanlah Al-Qur'an kepadaku'. Aku penuhi permintaan mereka. Dari mereka aku mendapat harta yang banyak.

Di dalam masjid, aku menemui beberapa lembar dari mushaf, aku mengambil dan mulai membacanya. Lalu mereka bertanya, 'Kau boleh menulis?', aku jawab, 'Ya'.

Mereka berkata, 'Kalau begitu, ajarilah kami menulis'. Mereka pun datang dengan anak-anak juga dan para remaja mereka. Aku ajari mereka tulis-menulis.

Dari itu juga aku mendapat banyak wang. Setelah itu mereka berkata, 'Kami mempunyai seorang puteri yatim, dia mempunyai harta yang cukup. Mahukah kau menikahinya?' Aku menolak.

Tetapi mereka terus mendesak, 'Tidak boleh, kau mesti terima'. Akhirnya aku menuruti keinginan mereka juga. Ketika mereka membawa anak perempuan itu kehadapanku, aku pandangi dia.

Tiba-tiba aku melihat kalung permata yang dulu pernah aku temui di Mekah melingkar di lehernya. Tak ada yang aku lakukan pada masa itu kecuali hanya terus memperhatikan kalung permata itu.

Mereka berkata, 'Sungguh, kau telah menghancurkan hati perempuan yatim ini. Kau hanya memperhatikan kalung itu dan tidak memperhatikan orangnya'.

Maka saya ceritakan kepada mereka kisah saya dengan kalung tersebut. Setelah mereka tahu, mereka meneriakkan tahlil dan takbir hingga terdengar oleh penduduk setempat. 'Ada apa dengan kalian?', kataku bertanya.

Mereka menjawab, 'Tahukah engkau, bahawa orang tua yang mengambil kalung itu darimu pada masa itu adalah ayah anak perempuan ini'.

Dia pernah mengatakan, 'Aku tidak pernah mendapatkan seorang muslim di dunia ini (sebaik) orang yang telah mengembalikan kalung ini kepadaku'.

Dia juga berdoa, 'Ya Allah, pertemukanlah aku dengan orang itu hingga aku dapat menikahkannya dengan puteriku', dan sekarang sudah menjadi kenyataan'.

Aku mulai mengharungi kehidupan bersamanya dan kami dikurnikan dua orang anak. Kemudian isteriku meninggal dan kalung permata menjadi harta pusaka untukku dan untuk kedua anakku.

Tetapi kedua anakku itu meninggal juga, hingga kalung permata itu jatuh ke tanganku. Lalu aku menjualnya seharga seratus ribu dinar. Dan harta yang kalian lihat ada padaku sekarang ini adalah baki dari wang 100 ribu dinar itu."

sumber:fb-Dunia macam-macam

Petua: Minum Air

1. Minum 2 gelas air sejurus bangun dari tidur. Ia dapat mencergaskan organ dalaman.

2. Minum 1 gelas air 45 minit sebelum makan dapat membantu pencernaan.

3. Minum 1 gelas air sebelum mandi dapat membantu menurukan berat badan.

4. Minum 1 gelas air sebelum tidur dapat mengelak daripada terkena strok atau serangan jantung.

Adab Minum Air:
1. Baca Bismillah
2. Disunatkan duduk semasa minum untuk kesihatan.
3. Pegang gelas dengan tangan kanan.
4. minum dengan cara hirup sedikit demi sedikit, bukan meneguk sekaligus (menghirup lebih enak)
5. minum dengan 3 kali teguk.
6. hindari dari bernafas atau hembus nafas ke dalam gelas ketika minum.
7. minum dari gelas/cawan, bukan dari cerek/jag
8. jangan minum berlebihan kerana ia mengganggu penghadaman.

sumber: Adab dan Sopan dalam Islam & Petua melayu lama

Hati yang Suci


Apabila melihat orang jahil, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana dia membuat dosa dalam keadaan kejahilan sedangkan kita membuat dosa dalam keadaan mengetahui.

apabila kita sentiasa melihat org yang lebih baik dari kita, ia dapat mengelakkan hati dari menjadi angkuh, namun perlu juga kita melihat org yang lebih buruk/ teruk dari kita, untuk dijadika pedoman..kerana itu Islam mengajar kita untuk sederhana dalam segala hal.

Petua : Mengatasi Masalah Perut Buncit

1. Minum Banyak Air - Jika perut penuh disebabkan oleh penyimpanan air, anda sebenarnya dapat mengurangi masalah tersebut dengan minum air lebih banyak. Hal ini akan mencairkan konsentrasi sodium dalam tubuh sehingga meningkatkan jumlah air yang keluar dari sistem tubuh. Minum lebih banyak air juga menjamin fungsi hempedu efektif untuk mengeluarkan bahan toksin. Jangan mengubah pengambilan air saat diet kerana banyak bahan yang sulit dicerna dan dapat menyebabkan perut menggelembung.


2. Makan Perlahan-lahan - Jangan makan gelojoh kerana ketika anda menelan terlalu cepat, udara tertahan dalam usus dan membentuk gas yang dapat mengakibatkan penggelembungan perut. Duduk ketika makan dan kunyah makan secara perlahan-lahan. Makanan yang tidak terkunyah menjadi bahagian-bahagian kecil tidak dapat dicerna dengan sempurna yang kemudian menghasilkan banyak gas yang menimbulkan penggelembungan.

3. Mengurang Pengambilan Garam - Terlalu banyak garam dalam diet menambah ektra sodium terhadap cairan tubuh yang memperlambat mekanisme sehingga mendorong air keluar dari sel. Akibatnya perut terasa penuh dan menggelembung.

4. Pengambilan Serat - Serat adalah elemen penting dalam diet, tetapi untuk mengimbangi penyimpanan air yang menyebabkan penggelembungan, makanlah serat dalam buah-buahan seperti epal dan pear yang memiliki banyak kandungan air.

5. Awasi Ubat-Ubatan - Perut yang mengembang adalah efek sampingan dari pengambilan ubat.Aspirin kadang-kadang menyebabkan masalah perut yang mengakibatkan sembelit dan penggelembungan, termasuk pil kontrasepsi.

6. Hindari Sembelit - Sembelit didefinisikan sebagai memiliki lebih sedikit dari tiga kali buang air besar dalam seminggu atau jika terlibat ketegangan. Akibatnya perut terasa bertambah besar. Untuk merangsang isi perut, tingkatkan pengambilan serat dari buah-buahan dan sayuran, amalkan secara berterusan untuk menghindari fermentasi dan pengeluaran gas yang berlebihan.

7. Bersenam - Olahraga atau bersenam akan membantu menggerakkan cairan dalam perut yang dapat menyebabkan perut besar dengan mendorongnya keluar dari jaringan dan masuk aliran darah dimana akan dikeluarkan sebagai peluh atau dibawa ke hempedu untuk dikeluarkan sebagai air urine. Senaman yang disarankan seperti aerobik.

kredit to: Ensiklopedia Petua Lama Melayu