bulan lepas aku ada terima satu sms yang memang aku tak paham apa ditulis...
"cik lbt ikt ny d0p i2 kr0sakan blk"
inilah yang berlaku..tak tahulah.. nak kata ianya evolusi bahasa tapi seperti tidak. kalau evolusi bahasa bagi aku mesti semakin mudah difahami dan mudah disampaikan walau macam mana sekali teknik @ kaedah yg digunakan. tapi apa yang berlaku kini, memang teknik digunakan semakin canggih/ringkas tapi maksud tak sampai...
bukan setakat sms je ada bahasa ringkas..sekarang ini semua medium telah diaplikasikan dengan bahasa ringkas..blog, facebook, email, YM, chatting, twitter dan banyak lagi la...memang la lebih mudah dan jimat bila guna bahasa ringkas tapi kita mestilah pastikan maklumat yang disalurkan tu difahami maksudnya oleh penerima..ye la bimbang nanti apa yang difahami tak sama dengan apa yang disampaikan..maka banyak salah faham boleh berlaku...
No comments:
Post a Comment