Wednesday, December 29, 2010

Kelebihan Al-ikhlas

Surah Al-Ikhlas ( QulhuwaALLAHu Ahad) jangan
terlepasmengamalkan nya

LUANGKAN MASA ANDA SELAMA 15 - 20 MINIT UNTUK MENGETAHUI APAKAH MESEJ YANGDISAMPAIKAN SEBELUM ANDA KATAKAN TIDAK BERMINAT ATAU TIDAK PERCAYA. TETAPI
ANDA JANGAN BUANG RISALAH INI SEBALIKNYA BERIKAN KEPADA SAUDARA ISLAM KITA
YANG LAIN KERANA MEREKA MUNGKIN SANGAT MEMERLUKANNYA. TERIMA KASIH.
WASSALAM.



KEHEBATAN SURAH AL-IKHLAS

"Au zubillah himinashsyaitan nirrajim...bismillahirrahmannirrahim"

Tafsirannya:
Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam, Allah yang Maha
Pemurah lagi Maha Mengasihani.


Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan
bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita
dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing
kepanasan.Sebelum anda masuk rumah, bacalah ayat di atas,kemudian bacalah
surah Al-Ikhlas (iaitu ayat: Qulhuwallahu ahad. Allahussamad. Lamyalid walam yu-lad. walam yakul lahu kufuwan ahad.) sebanyak 3 kali.

Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah. Berilah salam
kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana
malaikat rumah akan menyahut. Amalkanlah bersolat kerana salam pertama
(ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab
persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang
bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap
bersolat, amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya
menjawab salam malaikat itu.

Diriwayatkan oleh Iman Bukhari sabda Nabi Muhammad s.a.w :
"Barang siapa membaca Qul huwa"llahu ahad 100,000 kali maka sesungguhnya ia
telah menebus dirinya dari Allah, maka menyeru yang menyeru dari pihak Allah
di langit dan di bumi. Kusaksikan bahwa si fulan iti telah menjadi
pemendekaan Allah sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari sisi Allah,
Sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari neraka". Inilah yang dinamakan
membaca Qulhua"llah ahad satu hatam yaitu 100,000 kali dengan diwiridkan
seberapa ribu kesanggupan kita sehari.

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal
dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari
kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka
melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. (Demikian
diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby). Rasulullah SAW pernah bertanya
sebuah teka-teki kepada umatnya Siapakah antara kamu yang dapat khatam
Qur'an dalam jangkamasa dua-tiga minit? Tiada seorang dari sahabatnya yang
menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk
mengatam Qur'an dalam begitu cepat. Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat
tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina
Ali (yang sedang kecil pada waktu itu)tidak tahu apa yang dikatakannya itu.
Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW
menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul. Membaca surah
Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran. Lalu
dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana
ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.

Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy
di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah
300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara
sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang sahara itu seluas dari timur
hingga ke barat. Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang
mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca
surah tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami,sesungguhnya pahala
dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas
baik ianya lelaki mahupun perempuan.

Sabda Rasulullah SAW lagi:
Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu
tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap
malaikat Mikail a.s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat
Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat
Israfil a.s. Siapa membaca surah Fatihah, al-ikhlas, al-falaq, and an-annas
setiap satu sebanyak 7 kali selepas solat jumaat, nescaya terpelihara dari
perkara keji dan segala bala hinggalah ke jumaat yang berikiutnya.

Jika dibaca 3 surah ini al-ikhlas, al-falaq and an-nass pagi dan petang
nescaya tidak mengalami apa-apa kesusahan.

Nota:
Jika sekiranya kawan-kawan ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu
ini kepada kawan2 yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW 'Sampaikanlah
pesananku walaupun satu ayat'. Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak
Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
1) Sedekah/amal jariahnya
2) Doa anak-anaknya yang soleh
3) Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

petikan dari syok.org post by babies

Sunday, December 5, 2010

petua

salam semua, hari aku nak kongsi sedikit petua bersama korang semua..mungkin ade patua yang dah pun korang amalkan/buat..tapi sebagai ingatan je la...

*petikan dari email seorang kawan

Wangian kereta
1 :: Daun pandan : Ambil beberapa helai daun pandan segar, letakkan di bawah kerusi atau mana2 tpt (yg tidak menyemakkan mata). Bila daun ini sudah kelihatan kering dan tidak mengeluarkan bau lagi, tukarkan kepada daun baru.
2 :: Sabun Dove : Sabun pembersih muka ini juga boleh dipergunakan sebagai pewangi kereta. Beli sabun ni (yg dlm bentuk sabun buku, bukan tiub) dan letakkan di mana2 bahagian dalam kereta... sebaik2nya di ruang terbuka. Kalau nak kelihatan cantik, letakkan sabun ni dalam net. Baunya lembut dan tahan lama.

Ubati Asma
1 :: Makan hati unta
2 :: Makan sup sarang burung
3 :: Kurangkan mkn benda2 sejuk (sayur menjalar dan ais krim)

Cara untuk jaga mata.
1 :: Setiap kali dengar azan, rendam kepala dlm kolah (kalau ada) dan tekan kedua ibu jari (tangan) pada kelopak mata..insyaAllah mata kita terang(kire x rabun @ dpt kurangkan kerabunan) buat la sampai azan habis

Cara untuk menyejukkan mata.

1 :: Jika Mata terasa letih melihat komputer..maka hendak merehatkannya dengan mengambil daun 'Aloe Vera' ..ambil cecairnya dan sapu sedikit pada kedua kelopak mate kemudian pejamkan mate .. dalam setengah jam.... kemudian cuci kelopak mata .. boleh menyejukkan mata.

Cara untuk awet muda.
1 :: Sentiasa riang & senang hati... jgn suka bermuram.... senyum sokmo
2 :: Lupakan apa yg tlh berlaku ( utk elak dr stress)
3 :: Tidur awal & bangun awal akan membuat anda sihat & segar
4 :: Berat badan yg ideal
5 :: Sentiasa peka & aktif membuat sel-sel otak menjadi sihat
6 :: Sentiasa melakukan apa yg anda suka & jgn berhenti krn ia akan membuat badan anda lemah
7 :: Sentiasa mengawal diri sendiri. jgn biarkan org lain mengawal diri anda
8 :: Terlalu byk pil akan merosakkan badan anda. ambil yg perlu saje
9 :: Bersenam, elak dr merokok dan makanan yg boleh menggemukkan
10 :: Jgn terlalu risau akan kesihatan dan kematian(mati tetap akan tiba)..

Tuesday, November 30, 2010

Sup Tulang

hi friends...
last friday, aku masak sup tulang..ni 2nd time aku buat sup tulang...
1st time dulu tak jadi sgt...kali better la...

maklumla..musim raya korban..dapat la tulang/daging...jadi dah puas masak goreng daging, masak merah daging...jadi la sup tulang menu utk hari jumaat lepas...lagipun nak masak goreng tulang tak sesuai..

ni resepi sup tulang aku..(~resepi keluarga jugak~)

Sup Tulang

Bahan-bahan
1. tulang lembu
2. rempah sup tulang
3. lengkuas - 1 inci
4. bawang putih - 2 ulas
5. ketumbar - 1 sudu (ditumbuk)
6. garam -secukup rasa

Cara Membuatnya
1. masukkan semua bahan dalam periuk.
2. renih sehingga mendidh dan tulang empuk.
3. angkat dan hidangkan semasa panas.

boleh dimakan sahaja atau bersama roti dan nasi.


selamat mencuba

Wednesday, November 10, 2010

resdung

Jom Cuba Petua Ini
saya nak kongsi sedikit petua untuk resdung (sesiapa yang selalu bersin pada waktu pagi)..
actually saya pun sebelum ni selalu je bersin pagi2..

senang je petuanya,
waktu mandi pagi2 tu, masukkan air dalam hidung, sedut kemudian hembus kembali.
buat la beberapa kali..

lagi cepat kesannya kalu buat waktu mandi pagi dan mandi petang..tapi aku time mandi pagi je..petang dah malas...
alhamdulillah..sekarang ni dah kurang bersin waktu pagi...
tapi kalu miss 3 4 hari memang akan bersin lagi la..maybe sebab aku tak buat waktu mandi petang tu...

try la...tak memerlukan modal pun, cuma rajin atau malas je...

~~~petua dari keluarga~~~

Sunday, November 7, 2010

kek pelangi

hi kawan2...
ni ade lagi satu resepi kek yang saya suka buat...meh la kita pakat buat ramai2





Bahan-bahan
1. 4 biji telur
2. 1 cawan majerin
3. 1 cawan gula
4. 3 cawan tepung naik sendiri - boleh je guna tepung gandum + serbuk penaik
5. pewarna kuning, hijau, merah (saya suka warna ni)
6. 1 sudu esen vanila

Cara-caranya:
1. pukul majerin dan gula sehingga kembang - satu arah
2. masukkan telur sebiji demi sebiji
3. masukkan esen vanila
4. masukkan tepung sedikit demi sedikit
5. bahagikan adunan kepada 3 untuk warna berbeza (merah ,kuning dan hijau)
6. masukkan adunan yang berwarna secara selang seli ke dalam loyang.
7. bakar dalam ketuhar dengan suhu 180'c selama 30 - 45 minit.

lately ni, aku suka sangat buat kek pelangi berbanding kek coklat..rindunya ngan pelangi.. musim hujan macam ni seronok kalu boleh tengok pelangi..

selamat mencuba....meh kita ramai2 makan kek...

Sunday, October 31, 2010

N9 oh N9

macam mana ni...N9 boleh kalah..ingtkan menang la 2-0.....
dah la aku sorang je yang sokong N9 ni...

rasanya ramai sgt kot pemain N9 muda-muda...tak banyak experience lagi...

Tuesday, October 26, 2010

aku nak share sikit je resepi yang aku biasa buat....
aku suka buat kek berbanding biskut...so time raya kek je la yang aku buat..biskut raya tunjuk je..




RESEPI KEK COKLAT
Bahan-bahan
1 cawan majerin
1 cawan gula
4 biji telur
1 cawan serbuk coklat - diayak
3 cawan tepung gandum/ tepung kek naik sendiri - diayak
1 subu serbuk penaik (jika tak guna tepung kek naik sendiri)- diayak
sedikit esen vanila
air secukup nya


Cara membuatnya
1. pukul majerin dan gula sehingga kembang (satu arah sahaja)
2. masukkan telur sebiji demi sebiji
3. masukkan esen vanila
4. masukkan tepung yang diayak sedikit demi sedikit
5. masukkan air ikut keperluan untuk jadikan kek lembab
6. bakar dalam oven dengan suhu 180'c selama 30 minit.


jom kita cuba ramai-ramai..pastu hantar kek tu pada saya sikit..

Thursday, September 30, 2010

Wanita ciptaan istimewa

beruntungnya kita menjadi wanita/perempuan.. Tapi kadang-kadang kita selalu mengungkapkan kata seperti" best la jadi lelaki, semua senang." Padahal masing2 ade kelebihan yang dah tersurat dan tersirat. Istimewanya wanita kita diberi kelebihan untuk mengandung dan melahirkan anak..betapa unik dan istimewanya perasaan seorang wanita yang melalui dua pengalaman ini..untung la wanita yang mempunyai ramai anak. tahniah buat kawan2 yang sudah dapat baby dan yang akan dapat baby lagi...kepada yang belum dapat (saya pun), insyaAllah rezeki tu akan ada..cuma masanya belum tiba..jom sama sama doa agar dimurahkan rezeki...

saya nak kongsi sedikit info yang saya dapat melalui email mengenai wanita ciptaan istimewa.

1. Kecantikan seorang wanita ialah terletak sejauh mana ia dapat menahan(menjaga) malunya, sementara kegagahan seorang lelaki ialah terletak sejauh mana ia dapat menahan (menjaga) marahnya.

2. Orang yang membujang adalah orang yang belum menemukan penghibur duka dan dia baru memperolehinya dengan berkahwin.

3. Suami adalah orang yang mencari kebahagiaan hidup dengan menghilangkan sebahagian kemerdekaannya.

4. Wanita menghadapi banyak permasalahan sebahagian diatasi dengan berkahwin dan sebahagian yang lain diatasi setelah dia masuk ke liang kubur.

5. Mata yang paling indah tetapi juga harus diwaspadai adalah mata kaum wanita.

6. Jangan menyalahkan perasaan isteri anda kerana perasaannya yang terbaik ialah ketika ia menerima anda sebagai suami.

7. Perawan tua ialah wanita yang kehilangan kesempatan menyusahkan seorang lelaki.

8. Yang diinginkan seorang gadis dari dunia ini hanyalah seorang suami, dan apabila ia sudah memperolehinya, ia menginginkan segala-galanya.

9. Wanita bisa memaafkan suatu pengkhianatan suaminya, tetapi dia tidak bisa melupakannya.

10. Kecantikan wanita tidak bererti apa-apa dibandingkan dengan kemuliaan akhlak dan perilakunya.

11. Sebelum kahwin, wanita hafal seluruh jawapan dan sesudah kahwin, ia hafal seluruh pertanyaan.

12. Barangsiapa mengahwini wanita kerana hartanya, maka dia telah menjual kemerdekaannya.

13. Wanita adalah bintang dan pelita bagi lelaki. Tanpa pelita, lelaki bermalam dalam kegelapan.

14. Wanita lebih cepat daripada lelaki dalam menangis dan dalam mengingatkan peristiwa yang menyebabkan dia menangis.

15. Wanita tertawa bila ia mampu dan menangis apabila ia menginginkan sesuatu.

16. Pudarlah kebahagiaan seorang wanita jika ia tidak mampu menjadikan suaminya teman yang termulia.

17. Wanita sangat berlebihan dalam mencintai dan membenci, dan tidak mengenal pertengahannya.

18. Wanita selalu tergolong manusia halus dan lembut sampai saat dia berkahwin.

19. Tidak mungkin seorang lelaki hidup bahagia tanpa didampingi oleh isteri yang mulia.

20. Wanita hidup untuk berbahagia dengan cinta, sementara lelaki mencintai untuk hidup berbahagia.

21. Kebijaksanaan wanita terletak di dalam hatinya.

22. Seorang wanita yang bijaksana menambahkan gula pada kalimatnya setiap kali berbicara dengan suaminya, dan mengurangi garam pada ucapan suaminya.

23. Cincin perkahwinan adalah cincin termahal di dunia, sebab mengharuskan pemberinya mengingatkan harganya setiap bulan tanpa henti.

24. Sesungguhnya tidak ada wanita yang sangat cantik, yang ada ialah kaum lelaki yang sangat lemah bila berhadapan dengan kecantikan.

25. Bagi lelaki, yang terakhir kali mati ialah jantungnya dan bagi wanita adalah lidahnya.

26. Wanita tidak diciptakan untuk dikagumi semua lelaki tetapi sebagai sumber kebahagiaan seorang suami.

27. Pada waktu bertunang, lelaki banyak berbicara dan perempuan mendengarkan. Pada saat perkahwinan, perempuan berbicara dan pengantin lelaki mendengarkan. Sesudah perkahwinan, suami dan isteri banyak berbicara dan para jiran tetangga mendengarkan.

28. Setiap wanita mempunyai dua mata. Adapun wanita yang cemburu berlebihan mempunyai tiga mata. Satu di sebelah kanan, satu di sebelah kiri dan yang ketiga diarahkan kepada suami.

29. Wanita pada umumnya takut akan tiga hal : tikus, munculnya uban dan wanita-wanita cantik yang menjadi saingannya.

30. Isteri yang bersikap jujur dan setia kepada suami meringankan setengah beban kehidupan suaminya.

31. Seorang wanita menghadapi kesulitan apabila ia berada di antara lelaki yang dicintainya dan yang mencintainya.

32. Wanita hiasan dunia seindah hiasan adalah wanita solehah.

beruntungnya kita menjadi makhluk Allah sama ada lelaki atau perempuan..yang kita perlu buat..syukur padaNya...

qoute

berfantasi membina kenyataan itu satu perjuangan tapi berjuang menyatakan fantasi itu adalah khayalan. -Pakcik Din(ujang).

Tuesday, September 21, 2010

kelebihan yassin

dua minggu lepas saya ada membaca sebuah buku bertajuk "tafsir surah yasin". buku ini adalah koleksi kuliah ceramah dari ustazah Dr Fatma Elzahraa Muhd Ramadan pada tahun 2005. kuliah ini khas untuk rakaman VCD. tapi VCD tu saya belum tonton lagi..hehhee..tak berkesempatan... tapi buku nya dah khatam...(nipis je pun)


sebenarnya saya nak kongsi beberapa ilmu yang saya dapat dari buku ini,


1. Kenapa yasin selalu dibaca ketika ada kematian??
Rasulullah pernah bersabda mafhumnya; " Bacalah Yasin di tempat orang mati kamu." ada orang kata, yasin dapat memudahkan segala urusan yang susah. contohnya, penggali kubur yang mendengar bacaan yasin, dapat menggali kubur dengan lebih mudah, orang yang memandikan mayat, apabila terdengar bacaan yasin dapat menjalankan urusan memandikan dengan lebih lancar.
Selain itu, bacaan yasin dapat memberi kesedaran/keinsafan kepada orang yang hidup. kandungan yasin ada membawa maksud bahwa Allah boleh melakukan segala sesuatu(kun fayakun), Allah boleh menghidupkan kembali orang yang sudah mati (berlakunya kiamat). Oleh itu, janganlah kita merasa sedikit 'kedekut' untuk sedekahkan yasin kepada mereka yang telah kembali.


2. yasin biasanya dibaca pada malam jumaat..tapi terdapat satu hadis dhaif yang menyatakan "barangsiapa baca yasin sebelum tidur, sama banyak dengan khatam Quran sepuluh kali." Seelok-eloknya, apa salah kita mengikut sunnah nabi yang membaca yasin setiap malam sebelum tidor.


3. ayat pendinding diri (orang berniat jahat tidak nampak kita) - baca ayat 1-9 surah yasin.



4. adab membaca Quran. jika kita membaca Quran dan tetiba hendak bercakap mengenai perkara lain. hendaklah kita berhenti seketika dengan mngucapkan Sodaqallahul'azim dulu, lepas tu baru bercakap dengan orang. dan bila nak sambung balik, mesti baca A'uuzubillahi minas-syhaitaanir rajiim.


5. ayat hilang sedih - ayat 76



6. ayat 58 - merupakan ayat untuk menghilang segala perasaan, seperti takut, sedih, kecewa, sakit dan sebagainya (Salaamun qaulan min rabbir-rahiim: selamat dan rahmat daripada tuhan yang maha rahmah).





laman web ini pakar how to ada menerangkan kelebihan surah yasin.

Thursday, August 26, 2010

kenangan dulu-dulu






ini antara kenangan kita dulu2....ada yang sudah sukar nak cari...























Pendayung Sampan

Suatu hari, seorang Professor yang sedang membuat kajian tentang lautan menumpang sebuah sampan. Pendayung sampan itu seorang tua yang sangat pendiam. Professor memang mencari pendayung sampan yang pendiam agar tidak banyak bertanya ketika dia sedang membuat kajian. Dengan begitu tekun Professor itu membuat kajian. Diambilnya sedikit air laut dengan tabung uji kemudian digoyang-goyang; selepas itu dia menulis sesuatu di dalam buku. Berjam-jam lamanya Professor itu membuat kajian dengan tekun sekali. Pendayung sampan itu mendongak ke langit. Berdasarkan pengalamannya, dia berkata di dalam hati "Hmm, hari nak hujan".



"Ok, semua sudah siap, mari kita balik ke darat" kata Professor itu. Pendayung sampan itu akur dan mula memusingkan sampannya ke arah pantai. Hanya dalam perjalanan pulang itu barulah Professor itu menegur pendayung sampan.

Professor : "Kamu dah lama kerja mendayung sampan".
Pendayung sampan : "Seumur hidup saya".
Professor : "Seumur hidup kamu"
Pendayung sampan : "Ya"
Professor : "Jadi kamu tidak tahu perkara lain selain mendayung sampan"

Pendayung sampan hanya menggelengkan kepala. Masih tidak berpuas hati Professor itu bertanya lagi.

Professor : "Kamu tahu geografi".
Pendayung sampan hanya menggelengkan kepala.
Professor : "Kalau macam ni kamu dah hilang 25% dari usia kamu. Kamu tahu biologi?"
Pendayung sampan hanya menggelengkan kepala
Professor : "Kalau macam ni kamu dah hilang 50% dari usia kamu. Kamu tahu fizik?"
Seperti tadi, pendayung sampan hanya menggelengkan kepala.
Professor : "Kalau begini, kesian, kamu dah hilang 75% dari usia kamu. Malang sungguh nasib kamu, semuanya tak tahu. Seluruh usia kamu dihabiskan dengan mendayung sampan". (dengan nada angkuh dan mengejek)

Pendayung sampan hanya mendiamkan diri. selang beberapa minit kemudian, tiba-tiba hujan turun. tiba-tiba saja datang ombak besar. Sampan itu dilambung ombak besar dan terbalik. Professor dan pendayung sampan terpelanting.

Pendayung sampan : "Kamu tahu berenang?"
Professor menggelengkan kepala.
Pendayung sampan : "Kalau macam ni, kamu kehilangan 100% nyawa kamu". sambil berenang ke pantai.

Moral :
Dalam hidup ini IQ yang tinggi belum tentu boleh menjamin kehidupan. Tak guna kita pandai dan tahu banyak perkara jika tak tahu perkara-perkara penting dalam hidup. Adakalanya orang yang kita sangka bodoh itu lebih berjaya lebih dari kita. Dia mungkin bodoh dalam bidang yang tidak ade kena mengena dengan kerjayanya, tetapi "MASTER" dalam bidang yang diceburinya.

Hidup ini sangat singkat. Jadi tanyalah pada diri sendiri, untuk apakah ilmu yang dikumpulkan jika tidak untuk digunakan dan boleh digunakan.

Hikmat inpirasi : Kepuasan itu terletak pada usaha bukannya pencapaian. usaha sempurna adalah kemenangan sempurna.

Tuesday, April 13, 2010

pasar malam

hari ni aku gi pasar malam lagi
tapi on the way dah pikir nak makan apa....pikir punya pikir tapi tak tau nak beli apa...macam dah biasa je semua food kat pasar ni..akhirnya beli nasi kerabu...
tapi kalau gi pasar malam bangi ni..aku suka beli buah (betik & tembikai).
Sayur pun diorang jual murah2 je...brokoli boleh beli singgit je..mmg murah..mujur aku tak tinggal kat umah sewa..kalu tak mmg bertambah rajin la aku jadi tukang masak....maklum murah..ehhee

so..kalau korang la..apa yang korang beli kat pasar malam? kita survey skit
  1. makanan?
  2. sayur?
  3. bahan basah (ikan, ayam, daging)?
  4. bahan kering (bawang, rempah)?
  5. pakaian?
  6. buah-buahan?
  7. lain-lain...

Friday, April 9, 2010

teh pelangsing

teh pelangsing.....
Korang pernah tak cuba teh pelangsing untuk kuruskan badan...
aku pernah gak...tapi itu dulu....ader la aku try beberapa produk...tapi last2 aku fed-up..tak berkesan pun pada aku....
pastu aku maintain je badan 'sihat'....Sehingga la lepas aku balik dari India...kurus time baru balik india tu....aku pun pasang niat nak kurus semula..harap berjaya...tapi tak la guna produk2 kat pasaran just jaga makan la...tapi bab senaman aku malas skit...

aku nak story kat sini skit pasal teh pelangsing...aku dapat info ni dari majalah RAPI keluaran 1 April 2010;

menurut sebuah artikel yang diterbitkan di dalam Philippine Inquirer menyatakan bahawa teh pelangsing atau teh herba berbeza dengan jenis-jenis teh biasa yang lain. Salah satu tanaman herba yang digunakan dalam teh pelangsing ialah daun senna, yang merupakan laksatif yang dapat mengosongkan isi usus besar. Penggunaan dalam jangka masa yang panjang akan membuatkan dinding otot usus besar tidak dapat berfungsi dgn baik. Akibatnya anda tidak dapat membuang air sekiranya anda tidak mengambil lasaktif ini, semakin besar risiko kerosakan usus besar. Pengambilan teh pelangsing yang berterusan juga meyebabkan cecair tubuh dibuang secara berlebihan. ia boleh menyebabkan dehidrasi serta kehilangan mineral seperti kalsium, magnesium dan potasium. Rendahnya kadar potasium boleh mengakibatkan kelemahan otot dan denyutan jantung tidak teratur.

so..aku rasa, kalau rasa nak kurus baik guna cara tradisional je...jaga makan dan senaman....tak perlu lah guna produk2 yg ader skrg ni.. bukan tak sokong IKS...tapi bimbang kesan sampingan yg kita tak pasti atas diri kita....tepuk dada tanya selera...aku memang dah stop la..kalau guna produk2 utk kurus ni. Kalu pun nak kurus gak...diet sihat la...

Thursday, April 8, 2010

you're beautiful

last week aku layan citer koera. Drama korea 2009, you're beatiful. Drama ni drama remaja..tapi aku layan je..last2 aku terjerat..sehari tak buat keje...
Agak menarik cerita ni.. yang best lagu dia.. member aku ssiap download bagi aku..so skrg ni ringtone aku lagu korea plak..dah takder lagu hindustan lagi.

Sebenarnya, adik aku mintak aku download citer ni.. tapi aku malas. Aku beli je yg cetak rompak punya.. sekali aku pun terjerat sama..memang best la cite ni...

try link ni http://www.mysoju.com/ kalu nak tgk online la...

Sunday, February 7, 2010

Menangis utk melembutkan hati

Manussia mana yang tak pernah menangis? Hampir tak ada. Kerana menangis itu adalah fitrah manusia. Sekeras mana pun hati manusia, pasti sewaktu bayi dia pernah menangis. Menangis membolehkan manusia mengurang perasaan tekanan dan menjadikan perasaan lebih tenang, nyaman dan baik. Manusia  menangis kerana banyak sebab, antaranya marah, sakit hati, gembira, kehilangan atau kematian dan kegagalan mengwal emosi.

Kaum wanita lebih banyak mengalirkan air mata dari kaum lelaki. Menurut sebuah kajian lelaku menangis sekali dalam sebulan berbanding wanita lima kali dalam sebulan. Ini kerana, Allah memberikan wanita air mata utk merncurahkan perasaan. Air mata ini boleh dialirkan pada bila-bila masa bila wanita itu inginkan. Ianya bukan kelemahan bagi wanita tapi merupaka airmata kehidupan.


Zubaidi Wahyono Rahmat (2006):

Suatu hari Rasullah duduk sambil berbincang dengan para sahabat. Ketika ada topik perbincangan yang menyentuh perasaan, para sahabat menangis kecuali Usamah Bin Zaid. Usamah mengutarakan soalan kepada Rasullah mengenai kekerasan hatinya.

Kemudian Rasullah meletakkan tangannya ke dada Usamah seraya berkata, "Keluarlah wahai musuh Allah!". Seketika itu keluarlah air mata Usamah, kemudian Rasullah berpesan:

  • 'buta mata' berpunca dari kekerasan hati
  • kekerasan hati berpunca dari banyak dosa
  • banyak dosa berpunca dari melupakan mati
  • melupakan mati berpunca dari panjang angan-angan
  • panjang angan-angan berpunca dari cinta dunia
  • cinta dunia merupakan sumber segala maksiat.

Menangis lah. Jangan kamu malu untuk menangis kerana Allah. tetapi jgn kamu menangis kerana meratapi yang lain dariNya.

Friday, January 8, 2010

benefit al asma al-husna in medician

It has been discovered by Dr Ibrahim karim (biologist), that asma al-husna (most beautiful name of Allah) have healing power to a large number of diseases.

his discovered the mere mention (reciting) asma al-husna, leads to improvement in the track bio energy within the human body, after 3 years of research, Dr Ibrahim Karim reach to the following:

  1. Ear : As-Sammi ( The all Hearing)
  2. Bone : Al-Nafi (The creator of Good)
  3. Backbone: Al-Jabbar (The Compeller)
  4. Knee : Al- Rauf (The Clement)
  5. Hair : Al-Badi (The Originator)
  6. heart : Al-Nur ( The Light)
  7. Mucsles : al-Qawi (The All Strength)
  8. Heart Waves : Al- wahab (The Giver of All)
  9. Heart Muscles : Al Razaqq (The Sustainer)
  10. Nerve : Al-Mughni ( The Enricher)
  11. Artery : Al-Jabbar (The Compeller)
  12. Stomach : Al-Razzaq (The Sustainer)
  13. Cancer : al-Jalil (The Almighty)
  14. Thyroid : Al-Jabbar(The Compeller)
  15. Thigh : Al-rafi (The Exalter)
  16. Migraine : al Ghani (The Rich One)
  17. Eye Arteries : Al Muta Ali (The Supreme One)
  18. Kidney : Al-Hayy (The Ever Living One)
  19. Colon : Al- rauf (The Clement)
  20. Intestine : Al-Razzaq ( The Sustainer)
  21. Liver : Al-Nafi (The Creater of Good)
  22. Pancreas : Al- Bari (The Make of Order)
  23. Fatty Sacks : Al Nafi ( The Creator of Good)
  24. Womb : Al Khalis (The Creator)
  25. Bladder : Al- HAdi (The Guide)
  26. Rhuematism : Al Muhymin (The Guardian)
  27. Prostat : Al-Rashid (The Righteous Teacher)
  28. Nerves of the Eye : Al-Zahir (The Manifest One)
  29. Pinel GLand : Al- Hadi (The Guide)
  30. Lung : Ar-Razzaq (The Sustainer)
  31. Blood Pressure : Al-Khafeq (The Abbaser)
  32. Thymus Gland : Al -Qawi (The All Strength)
  33. Gland Above the kidney : Al-Bari (The Make of Order)
  34. hair Peel : Al-Jalil (the Mighty)
  35. the Nasal Cavities : (Al latif, al-Ghani, Ar-Raheem)
  36. Eye : (Al-nur, al-Basir, al-Wahab)

Method treatment : Lay your hands on the place of pain nad praise Allah(SWT) names above according to your diseases until the pain heals or cure away. InsyaAllah.

Whatever take place in result of reciting the names of Allah (SWT) depend on the will of Allah, The Almighty.

Gland = kelenjar, intestine = usus

Source : www.ezsoftech.com/ISLAMIC