Monday, November 19, 2012

Koleksi Petua Untuk Kurus dan Langsing

Petua 1: Jika anda mengalami berat badan yang berlebihan, air limau nipis yang anda minum boleh menurunkan berat badan anda. Sediakan 2 biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari. Perah airnya ke dalam gelas yang berisi dengan air sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk. Setelah itu jadikan air minuman setiap kali selepas anda makan tengahari dan makan malam. Amalkan meminumnya selama sebulan dan berat badan anda akan beransur turun.

Petua 2: Ambil 3 sudu besar serbuk teh cina dan rendam dalam air. Tapis dan campurkan dengan air perahan limau nipis. Amalkan selalu dengan meminumnya 2 kali sehari iaitu sebelum sarapan dan sebelum tidur.

Petua 3: Jika anda mengalami masalah berat badan, air asam jawa baik dijadikan minuman harian. Air asam jawa akan mengurangkan kadar lemak dalam badan anda. Ambil sebuku asam jawa, ramas ke dalam air sebanyak segelas. Masukkan ke dalam peti sejuk dan jadikan minuman, selepas anda makan tengahari atau makan malam. Amalkan setiap hari dan anda akan dapati tubuh anda akan bertambah segar dan langsing.

Petua 4: Selepas makan amalkan meminum Teh Hijau atau Teh Cina tambah dengan serbuk Kayu Manis dan Madu

Petua 5: Badan Langsing Selepas Bersalin - Untuk mengelakkan badan menjadi gemuk selepas bersalin, ambil 5 halia bara (Halia Cina ), 10 biji lada hitam, 30 ekor ikan bilis. Tumbuk kesemua sehingga lumat. Perahkan air limau nipis. Makan bersama nasi panas waktu pagi dan malam, setiap hari sewaktu dalam pantang.

Petua 6: Mengurangkan Buncit - Bagi lelaki yang mengalami masalah perut buncit, anda boleh ambil sedikit kapur makan dan sebiji limau purut yang telah di perah jusnya. Kapur dan limau dicampur dan digaul hingga sebati. Amalkan sapu disekeliling perut sebelum masuk tidur. Biarkan kering sehingga pagi.

Petua 7: Mengempiskan Perut - Ambil limau nipis yang telah dicampur dengan teh tanpa gula untuk tiap-tiap hari, kemudian minum. Amalkan meminum air ini dan perut anda yang buncit akan menjadi kempis. Petua ini untuk orang yang tiada mengidap sebarang penyakit.

No comments:

Post a Comment