Tuesday, November 29, 2011

kesalahan dari orang pintar

Kesalahan dari orang pintar, kenapa orang yang terlalu pintar hanya boleh menjadi orang yang no 2 dan biasanya orang yang no1 nya adalah orang yang berpendidikan lebih rendah dari bawahannya.


1. kerana terlalu banyak mengetahui hingga lupa untuk terjun dan melakukan tindakan

2. tidak berani bertindak padahal didalam hatinya, "aku pasti boleh kalau aku mahu". Memang benar yang dikatakan oleh orang orang terdahulu, "pikiran yang salah itu boleh menjadi musuh kita sendiri". Orang yang seperti ini adalah orang yang tidak pernah gagal kerana dia tidak pernah mencuba. Jadi mereka tidak akan tahu mana yang betul dan mana tidak.


3. merasa dirinya pintar sehingga enggan diberitahu oleh orang yang dia rasa pendidikannya lebih dibawahnya. (a.k.a bodoh sombong)


4. biasanya pakar/ahli ekonomi atau pakar-pakar lain menggunakan rumus/teori (buku) yang menurut saya sudah expired. Selalu menggunakan rumus yang dalam kehidupan nyata lebih berkembang daripada yang ada dalam buku. Jadi orang seperti ini tidak menjadi orang yang kreatif.


5. tidak ingin lebih bodoh dari muridnya sehingga walaupun muridnya benar tetapi dianggapnya salah. sebenarnya perilaku ini lebih kepada membunuh kreativiti dan perkembangan ilmu. apayang dilakukan ini adalah sebenarnya lebih bodoh dari yang dipikirkan oleh tenaga pengajar.


ada pepatah orang bijak yang mengatakan
"KAMU BOLEH MENJADI SEORANG PAKAR/AHLI TETAPI JANGAN BERPIKIR SEPERTI SEORANG PAKAR/AHLI"

edited from: hidup_biijak.blogspot (posted by husni)

No comments:

Post a Comment