Lovebite merupakan benda yang tak asing lagi hubungan rumah tangga untuk pasangan yang dah berkahwin. Yang tak kahwin lagi pun mungkin ramai yang dah tahu. Ramai dari kita yang tahu bila & bagaimana lovebite ni dihasilkan tapi mereka tak tahu yang sebenarnya lovebite ni BAHAYA!
Untuk yang tak tahu lagi, apa sebenarnya lovebite ni?
LOVEBITE (gigitan cinta) adalah lebam sementara atau tanda tanda bewarna biru keungguan akibat perbuatan mencium, menghisap atau menggigit kulit dengan kuat sehingga kulit tertarik dan menyebabkan pecah darah di bawah kulit tersebut. Hickeys (lovebite yang terhasil) boleh kekal selama 4-12hari ditubuh seseorang dan kelihatan sama seperti lebam biasa. Tapi kalau dah lebam tu kat tengkuk tu faham faham je lah.
Secara umumnya, hickeys/lovebite boleh dihilangkan dengan meletakkan ais. Tapi sebenarnya, cara ni berkesan hanya untuk lovebite yang terhasil kurang dari 10minit. Untuk yang lebih dari 10 minit tu, gunalah trick berpakaian. Sama ada pakai shawl atau naikkan kolar baju tshirt.
Kenapa lovebite berbahaya?
Menurut Daily Mail, seorang wanita berusia 44 tahun telah lumpuh selepas terkena serangan sakit jantung akibat daripada lovebite yang di lakukan oleh kekasihnya. Wanita itu (nama tidak dinyatakan) dimasukkan ke sebuah hospital di Auckland apabila mendapati dia tidak mampu menggerakkan tangan kirinya selepas kejadian itu.
Pada mulanya, para doktor mengesyaki wanita itu telah terkena serangan sakit jantung. Walaupun mereka tidak mengetahui punca sebenar penyakit wanita itu pada awalnya. Mereka kemudiannya, memeriksa wanita itu dan menjumpai kesan lovebite dibadannya. Dan dari kesan lovebite tu, mereka dapat tahu apa punca serangan sakit jantung tersebut.
Sebenarnya lovebite yang terhasil tu, menyebabkan pembuluh darah rosak dan mengakibatkan pembentukan darah beku. Darah yang telah beku tadi mengalir ke jantung dan boleh menyebabkan strok!
So, hati hati lah semasa bersama pasangan masing masing (yang dah kahwin je). Jangan sampai lupa diri, nanti ada yang merana baik lelaki atau perempuan. Jangan disebabkan expressi cinta, ada yang maut.
Sumber: http://selangor2u.com/blog/tahukah-anda/maut-kerana-love-bite/#ixzz1ZmHy90D3
www.s2u.my
Tuesday, October 4, 2011
sedikitnya lelaki dan ramainya wanita
Saya kini sedang membaca sebuah buku berjudul "99 Peristiwa Ajaib yang Mengubah Dunia". Dalam buku ini terdapat satu peristiwa yang menarik perhatian saya, yang mana ianya semakin jelas terpampang di mata kita hari ini. Keadaan ini boleh kita perhatikan di persekitaran kita khususnya dan di Malaysia amnya.
Ungkapan "Sedikitya Lelaki dan Ramainya Wanita" boleh diguna dalam apa bidang sekalipun. Pendidikan, Perniagaan, Perkhidmatan dan sebagainya. Cuma ketenteraan saja masih ramai lelaki.
Menurut buku tersebut:
Diriwayatkan oleh Imam Bukhari dalam kitab sahihnya, yang bersumber dari Anas Radhiyallahu 'Anhu, ia berkata; sungguh aku menyampaikan kepada kamu sebuah hadis yang tidak bakal diceritakan lagi oleh seorang pun sesudahku, iaitu: bahawa aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:
"Di antara tanda-tanda hari kiamat itu ialah kian berkurangan ilmu pengetahuan, kian umumnya kebodohan, kian terang-terangannya dilakukan perbuatan zina, kain meningkatnya jumlah wanita, sebaliknya kian menyusutnya jumlah kaum lelaki, sehingga untuk lima puluh orang wanita hanya ditanggun oleh satu orang laki-laki." (HR Bukhari)
Dengan mudah kita mendapatkan fakta yang telah digambarkan oleh baginda SAW. Kini ilmu pengetahuan sudah mulai menghilang, sebaliknya kebodohan sudah merata di tengah-tengah masyarakat. Sehingga agama pun sudah menjadi asing. Minuman keras diminum secara terang-terangan, sehingga perbuatan tersebut tidak lagi dianggap buruk, bahkan telah menjadi kebanggaan suatu kaum dan kemegahan. Jumlah kelahiran bayi lelaki sudah mula berkurang, sedangkan jumlah kelahiran bayi perempuan semakin meningkat (Hasan Muhd al-Khairun). Pembuangan bayi juga semakin berleluasa dan statistik menunjukkan pada tahun 2000-2008, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) melaporkan terdapat lebih 257,000 sijil kelahiran didaftarkan tanpa catatan nama bapa (www.pengerindu.com).
bersambung...

Subscribe to:
Posts (Atom)