Thursday, June 9, 2011

bahasa ringkas

Fenomena dunia sekarang, bahasa ringkas sudah sebati dengan kehidupan hari ni terutamanya remaja.. sms, facebook, twitter, blog dan seumpamanya adalah antara medium yang memangkinkan bahasa ringkas menjadi semakin meluas digunakan.

Kecanggihan teknologi dan perkembangannya yang sgt pesat menjadikan bahasa ringkas semakin menular sehinggakan bahasa rasmi atau bahasa ibunda semakin terpinggir.

Pelbagai kesan timbul akibat penggunaan bahasa ringkas. Terdapat banyak kebaikan daripadanya bersama-sama keburukan. antara kebaikkannya, menjimatkan masa, menjimatkan kos dan maklumat cepat disampaikan.


Namun, terdapat juga masalah dari penggunaan bahasa ringkas, masalah utamanya, maklumat yang disampaikan sukarkan untuk difahami.. ye la kalau setakat ringkasan seperti yang=yg, tidak/tak= x, untuk = tuk/utk memang=mmg masih lagi boleh difahami. bayangkan kalau ringkasnya adalaah sekarang=skunk, nanti=9t. bukan sahaja Bahasa Melayu, bahasa Inggeris pun diringkaskan.

to be continue.....

No comments:

Post a Comment