Apa la nak jadi dengan dunia sekarang ni
Pelajar sekolah dah mula terlibat dengan samseng...kalau 10 tahun dahulu..guru masih dihormati sekarang ini, guru yang mencurahkan ilmu dan mendidik tu sebelah mata pun tak dipandang. Bukanlah nak menyalahkan ibubapa tapi sedikit sebanyak ibubapa memainkan peranan. Yang paling penting adlaah diri sendiri, walaupun baru meningkat remaja namun pelajar sendiri perlu menjaga diri. Umat islam jika patuh pada agama Islam tak mungkin ini semua akan terjadi..bukan kah menghormati orang yang lebih tua itu ajaran agama Islam. Inikan pula orang yang memberikan ilmu pada kita.
Saya sedih mengenangkan kes yang berlaku di sekolah di negeri Perlis baru-baru ini, pelajar perempuan tingkatan 2 menendang guru yang memarahi nya kerana gagal menyiapkan kerja sekolah. Ini sikap bakal pemimpin negera kita. kalau pun bukan sebagai pemimpin negara, tapi sebgaai pemimpin kepada adik2 dan bakal anak nanti. Apa akan berlaku kepada institusi pendidikan jika 10 tahun akan datang tiada yang berani untuk menjadi guru disebabkan sikap pelajar sekolah. ishhh..tak bleh dibayangkan..
No comments:
Post a Comment