Tuesday, December 24, 2013

9 sign of hormonal imbalance and how to fix it

edited by Stephenie Dawson.

Hormones work as chemical messengers in our body. We go through hormonal changes from birth to death. They cause changes in our bodies over time including :
   1. Reproduction
   2. Growth & development
   3. Metabolism
   4. Mood
   5. Sexual Function

If your hormone are imbalanced it can destroy your health even if your diet is optimized. Knowing if your are suffering of hormonal imbalance are important. Here are some signs that may indicate hormonal imbalanced and how to fix it.

Gaining weight persistently
 - your weight are increase consistently despite a healthy diet and appropriate physical activities.
 - can be due to unaddressed or emerging insulin resistance.
 - can fix it by avoiding processed food, sugar and wheat in your diet.

Insomnia
 - having difficulty sleeping
 - try to optimize your sleep and take antioxidant
 - include lean protein in dinner, exercise and yoga to improve your sleep

Chronic Stress
 - depletes adrenal function with leads to low level of progesterone and other hormone.
 - try to work on becoming stress free
 - healthy diet and changing your environment to reduce stress

Sweating
 - you are have night sweat and hot flashes.
 - write down your routine, what you eat & drink, how you feel, what kind of emotion cause your temperature rise. work on these area next time when you get hot flashes.

Cravings
 - eating abnormal or you still hungry after eating. due to hormonal imbalance like adrenal fatigue or insulin resistance
 - to fix : eliminating sugar, diary/wheat product and alcohol to control your craving & improve digestion.

Depression
 - feeling depress and dejected (mean you are not feeding your body what its needs)
 - listen to your inner self and treat your body in a good way with a healthy diet and proper nutrien

Fatigue
 - tired by the end of first half?, feeling sluggish while working?
 - to fix : proper diet enriched with nutrients & eliminating wheat and grain may help stabilize blood sugar.

Low libido
 - happen due to lack of sound sleep, its diminishes sex hormone
 -  to fix : work on your sleeping habits and optimize your sleep.

Digestion problem
 - slow digestion and gastric problem
 - to fix : changing your diet with eating health food
 -  

Thursday, August 1, 2013

world become 'less'

Kebanyakan memang terjadi pada abad ini...akan datang???

Sunday, July 28, 2013

Petua Rasulullah Untuk Mendidik Anak

Rasulullah s.a.w. telah menggariskan 4 tahap mendidik anak iaitu:

1. Tahap Pertama:
Anak yang baharu lahir sehingga mumayyiz (enam tahun) hendaklah kita banyak bergurau dan membelai mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana haiwan menjaga anak.

2. Tahap Kedua:
Anak berumur 7 tahun sehingga baligh (14 tahun) hendaklah kita mendidik mereka dengan arahan, disiplin dan diberi tanggungjawab.

3. Tahap Ketiga:
Anak berumur 15 tahun hingga dewasa (21 tahun) hendaklah dididik dengan cara berkawan, bertukar pendapat dan hormati pendapat mereka selagi yang tidak bertentangan dengan syariat.

4. Tahap Keempat:
Anak berumur lebih 21 tahun hendaklah para ibu bapa memberikan kebebasan bertindak selagi tidak bertentangan dengan syariat. Ibu bapa hanya perlu bertindak sebagai penasihat agar segala tindakkan mereka terkawal.

InsyaAllah..cuba kita amalkan, semoga kita mendapat sebuah keluarga yang bahagia & sejahtera dalam lindunganNya..

Thursday, June 6, 2013

menasihati anak-anak

Pesanan dan arahan merupakan salah satu daripada kaedah yang disarankan oleh Rasulullah s.a.w. Anak anda hendaklah dididik dengan dipesankan sesuatu terlebih dahulu. Lihat bagaimana reaksi mereka? Apakah mereka boleh melakukannya hanya selepas sekali pesanan? Jika tidak berkesan, maka hendaklah dipesan berulang kali tanpa merasa jemu dan bosan.

Menurut pandangan pakar pendidikan kanak-kanak, anak yang pintar perlu diberi nasihat dan pesanan 200 kali tanpa bosan, supaya mereka benar-benar memahami pesanan itu dan dapat bertindak dengan baik.

Antara bentuk pesanan dan arahan kepada anak-anak adalah seperti berikut:
• Mengenai solat di awal waktu
• Adab dengan orang tua-tua
• Adab dengan guru
• Adab dengan kawan-kawan
• Tugas harian di rumah
• Mengemas bilik sendiri termasuk meja belajar.
• Tatacara makan mengikut sunnah nabi
• Cara belajar yang berkesan
• Ingat sentiasa menutup aurat apabila keluar dari rumah
• Keselamatan jalan raya
• Tanggungjawab melindungi adik-adik.

Petua Untuk Memberi Arahan Kepada Anak-Anak

a. Pesanan dan arahan merupakan salah satu daripada kaedah yang disarankan oleh Rasulullah s.a.w. Anak anda hendaklah dididik dengan dipesankan sesuatu terlebih dahulu. Lihat bagaimana reaksi mereka? Apakah mereka boleh melakukannya hanya selepas sekali pesanan? Jika tidak berkesan, maka hendaklah dipesan berulang kali tanpa merasa jemu dan bosan.

b. Menurut pandangan pakar pendidikan kanak-kanak, anak yang pintar perlu diberi nasihat dan pesanan 200 kali tanpa bosan, supaya mereka benar-benar memahami pesanan itu dan dapat bertindak dengan baik.

c. Antara bentuk pesanan dan arahan kepada anak-anak adalah seperti berikut:

• Mengenai solat di awal waktu
• Adab dengan orang tua-tua
• Adab dengan guru
• Adab dengan kawan-kawan
• Tugas harian di rumah
• Mengemas bilik sendiri termasuk meja belajar.
• Tatacara makan mengikut sunnah nabi
• Cara belajar yang berkesan
• Ingat sentiasa menutup aurat apabila keluar dari rumah
• Keselamatan jalan raya
• Tanggungjawab melindungi adik-adik.

Monday, June 3, 2013

Pemandangan Indah (dunia imaginasi)

Hasil karya yang dicipta oleh seorang jurugambar dan artis bernama Carl Warner ini menampilkan imaginasi dunia yang diperbuat daripada pelbagai jenis makanan seperti buah-buahan, sayur, susu, gula-gula, daging dan sebaginya. Apabila diamati buat pertama kali, ianya kelihatan tidak begitu obvious, namun apabila diteliti barulah kelihatan makanan-makanan tersebut. Memang awesome!

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 









 
 


 

sayur jambu golok








Sayur Jambu Golok
ini merupakan salah satu lauk kampung agak popular bila musim candat sotong. sayur 'jambu golok' ni pun berbuah mengikut musim.. so buat masa ni kalau sesiapa yang mengidam boleh makan..kalau habis musim..gigit jari la...

Monday, April 29, 2013

Istidraj

semalam dgr kat radio, ustaz ceramah....Allah ni Maha pengasih...orang yg jauh dgn Allah pun , Dia bagi rezeki..apa lagi orang yg rapat dgnNya..lagi la Dia sayang..cumanya orang yg jauh dari Allah ni, dapat rezeki kurang berkat (sia-sia jgk la kan) dan dia sebenarnya jahil dgn Allah..kata ustaz tu la..

Namun biasanya kita lihat, orang yg dekat denganNya, rezeki tak banyak (tak nampak kaya), tapi sebenarnya dia kaya hati dan jiwa.. hidup mereka sentiasa tenang..dan Allah akan jaga rezeki orang yang dekat denganNya..sentiasa ada rezeki tak disangka-sangka.


_________________________________________________
Petikan dari FB seorang teman...

APA ITU ISTIDRAJ?


Ianya adalah pemberian nikmat Allah kepada manusia yang mana pemberian itu tidak diredhaiNya.

Inilah yang dinamakan istidraj.

Rasullulah s.a.w. bersabda : "Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberikan nikmat kepada hambanya yang selalu membuat maksiat (durhaka), ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT."(Diriwayatkan oleh At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi)

Tetapi, manusia yang durhaka dan sering berbuat maksiat yang terkeliru dengan pemikirannya merasakan bahawa nikmat yang telah datang kepadanya adalah kerana Allah berserta dan kasih dengan perbuatan maksiat mereka.

Masih ada juga orang ragu-ragu, kerana kalau kita hendak dapat kebahagian di dunia dan akhirat kita mesti ikut jejak langkah Rasullulah SAW dan berpegang teguh pada agama Islam.

Tetapi bagaimana dengan ada orang yang sembahyang 5 waktu sehari semalam, bangun tengah malam bertahajjud, puasa bukan di bulan Ramadhan sahaja, bahkan Isnin, Khamis dan puasa sunat yang lain.
Tapi, hidup mereka biasa sahaja.

Ada yang susah juga. Kenapa?

Dan bagaimana pula orang yang seumur hidup tak sembahyang, puasa pun tak pernah, rumahnya tersergam indah, kereta mewah menjalar, duit banyak, dia boleh hidup kaya dan mewah.

Bila kita tanya, apa kamu tak takut mati? Katanya, alah, orang lain pun mati juga, kalau masuk neraka, ramai-ramai. Tak kisahlah!
Sombongnya mereka, takburnya mereka.

Rasullulah SAW. naik ke langit bertemu Allah pun tak sombong.
Nabi Sulaiman, sebesar-besar pangkatnya sehinggakan semua makhluk di muka bumi tunduk di bawah perintahnya pun tak sombong!
Secantik-cantik Nabi Yusof dan semerdu suara Nabi Daud, mereka tak sombong.
Bila sampai masa dan ketikanya, mereka tunduk dan sujud menyembah Allah.


Manusia istidraj - Manusia yang lupa daratan.

Walaupun berbuat maksiat, dia merasa Allah menyayanginya.
Mereka memandang hina kepada orang yang beramal.

"Dia tu siang malam ke masjid, basikal pun tak mampu beli, sedangkan aku ke kelab malam pun dengan kereta mewah. Tak payah beribadat pun, rezeki datang mencurah-curah. Kalau dia tu sikit ibadat tentu boleh kaya macam aku, katanya sombong."

Sebenarnya, kadang-kadang Allah memberikan nikmat yang banyak dengan tujuan untuk menghancurkannya.

Rasullulah s.a.w bersabda: "Apabila Allah menghendaki untuk membinasakan semut, Allah terbangkan semua itu dengan dua sayapnya" (Kitab Nasaibul'Ibad)

Anai-anai, jika tidak bersayap, maka dia akan duduk diam di bawah batu atau merayap di celah-celah daun, tetapi jika Allah hendak membinasakannya, Allah berikan dia sayap.
Lalu, bila sudah bersayap, anai-anai pun menjadi kelkatu. Kelkatu, bila mendapat nikmat(sayap), dia akan cuba melawan api.

Begitu juga manusia, bila mendapat nikmat, cuba hendak melawan Allah swt.

Buktinya, Firaun. Nikmatnya tak terkira, tidak pernah sakit, bersin pun tidak pernah kerana Allah berikannya nikmat kesihatan. Orang lain selalu sakit, tapi Firaun tidak, orang lain mati, namun dia masih belum mati-mati juga, sampai rasa angkuh dan besar diri lantas mengaku dirinya tuhan. Tapi dengan nikmat itulah Allah binasakan dia.

Namrud, yang cuba membakar Nabi Ibrahim. Betapa besar pangkat Namrud? Dia begitu sombong dengan Allah, akhirnya menemui ajalnya hanya disebabkan seekor nyamuk masuk ke dalam lubang hidungnya.

Tidak ada manusia hari ini sekaya Qarun. Anak kunci gudang hartanya sahaja kena dibawa oleh 40 ekor unta. Akhirnya dia ditenggelamkan bersama-sama hartanya sekali akibat terlalu takbur.

Jadi kalau kita kaya,jangan sangka Allah sayang, Qarun lagi kaya, akhirnya binasa juga.
Jadi,jika kita kaji dan fikir betul-betul,maka terjawablah segala keraguan yang mengganggu fikiran kita.

Mengapa orang kafir kaya, dan orang yang berbuat maksiat hidup senang /mewah.
Pemberian yang diberikan oleh Allah pada mereka bukanlah yang diredhaiNya.
Rupa-rupanya ianya adalah bertujuan untuk menghancurkannya.

Untuk apa hidup ini tanpa keredhaanNya?

Tetapi jangan pula ada orang kaya beribadat, masuk masjid dengan kereta mewah kita katakan itu istidraj.
Orang naik pangkat, istidraj.
Orang-orang besar, istidraj.

Jangan!

Orang yang mengunakan nikmatnya untuk kebajikan untuk mengabdi kepada Allah bukan istidraj.
Dan jangan pula kita tidak mahu kekayaan. Kalau hendak selamat, hidup kita mesti ada pegangan.
Bukan kaya yang kita cari, juga bukan miskin yang kita cari.
Tujuan hidup kita adalah mencari keredaan Allah.

Bagaimana cara untuk menentukan nikmat yang diredhai Allah?
Seseorang itu dapat menyedari hakikat yang sebenarnya tentang nikmat yang diterimanya itu ialah apabila dia bersyukur nikmatnya.
Dia akan mengunakan pemberian ke jalan kebaikan dan sentiasa redha dan ikhlas mengabdikan diri kepada Allah.
Maka segala limpah kurnia yang diperolehi itu adalah nikmat pemberian yang diredhai Allah.

Bila tujuan hidup kita untuk mencari keredhaan Allah, niscaya selamatlah kita di dunia dan akhirat.

Wallahu a'lam...

_________________________________________________
yang penting kita perlu yakin dan percaya dengan rezeki yang Allah berikan pada kita (tawakal hanya pada Allah).