Wednesday, February 8, 2012

KISAH IMAM AHMAD RAHIMAHULLAH & SI PEMBUAT ROTI

Suatu malam, Imam Ahmad bin Hanbal mahu menghabiskan malamnya di masjid, akan tetapi beliau dihalang oleh pengawal masjid. Sudah puas beliau mencuba namun tetap tidak berjaya.

Imam Ahmad pun berkata: “Saya akan tidur di tempat saya berdiri ini.” Dan beliau benar-benar melakukan seperti yang dikatakannya. Namun, pengawal itu tetap berusaha menarik beliau menjauhi masjid.

Kelihatan Imam Ahmad tenang dan tampak pada raut wajahnya ciri-ciri seorang insan yang mulia. Dalam situasi itu, seorang pembuat roti telah melihatnya. Lantas dia membawa Imam keluar dari kawasan masjid itu dan menawarkan kepadanya tempat untuk bermalam.

Maka Imam Ahmad pun beredar bersama pembuat roti itu dan beliau telah dilayan dengan layanan yang baik. Kemudian si pembuat roti itu pun meninggalkan Imam berehat dan dia pergi menguli tepung. Imam Ahmad mendengar pembuat roti itu beristighfar tanpa henti sepanjang malam. Ini membuatkan Imam Ahmad berasa kagum terhadapnya.

Apabila menjelang pagi, Imam Ahmad bertanya kepada pembuat roti itu tentang istighfarnya malam tadi: “Apakah kamu dapat hasil dari istighfarmu itu? Imam Ahmad sengaja bertanyakan soalan ini sedangkan beliau sudah mengetahui kelebihan dan faedah istighfar.

Pembuat roti menjawab: “Ya, demi Allah aku tidak berdoa dengan satu doa pun kecuali ia akan dikabulkan Allah. Cuma ada satu doa lagi yang masih belum diperkenankan.”

Imam bertanya: “Apakah doa itu?”

Pembuat roti pun berkata: “Aku mahu melihat Imam Ahmad bin Hanbal.”

Lantas Imam Ahmad berkata: “Akulah Ahmad bin Hanbal! Demi Allah, sesungguhnya aku telah dibawa oleh Allah kepadamu!”

Diterjemahkan dari teks asal berbahasa arab di فاتبعوني


kredit to: Fattabiouni Malaysia(facebook)

Thursday, February 2, 2012

perkara yg berlaku zaman kanak-kanak (kenangan dulu2)

Perkara yang semua orang lalui masa zaman kanak2.
Jgn tipulah..kata korang tak pernah buat..

1) buka kipas..bercakap depan kipas..suara bertukar...bangga siut..siap nyanyi lagi..
2) buka peti ais..pastu buat eksperimen..tutup pelan pelan..nak tgk lampu dlm tu terpadam
3) naik kereta waktu malam..tengok bulan..pastu ingat bulan ikut korang.
4) nampak helikopter @ kapal terbang..siap lambai..beranggapan org tu nampak korang.
5) naik basikal..dapat lepas 2,2 tangan..rasa mcm dah pro.
6)bila melukis permandangan, mesti ada bukit dengan matahari tersepit dicelah2, sawah padi dah comfirm,burung bentuk M mmg dah wajib
7) klu lori@van milo datang katsekolah..happy sangat..dapat minum free.
8) waktu rehat,,suka lepak kat longkang.
9) main zero point masa time rehat...
10)pijak bayang2 sendiri...memang senyum sendiri la


bnde at ats ni sme mcm saya yg blku kcik2
dlu..:)

kalau ada lagi yang lain...sila tambah...