Sunday, July 3, 2011

OMG atau Ya Allah

Kebelakangan ini, OMG sering kali diguna dalam pertuturan harian. OMG bahasa facebook/bahasa sms ini telah bertukar menjadi bahasa harian. Golongan muda khasnya menjadikan OMG seperti budaya baru yang menarik yang dicedok dari luar (bukan budaya melayu) tanpa berfikir kesan dan akibat dari penggunaan tersebut.

Istilah OMG mula menular sejak awal tahun 2011 dan pada saya semakin terkenal setelah ianya diguna pakai oleh Nabil dalam sebahagian lawaknya pada episod Maharaja Lawak. peserta lain pun (Sepah, Balas, JOzan) pernah gunakan OMG dalam lawak mereka.

Apa pandangan kawan/teman/sahabat/saudara semua? Adakah OMG patut kita gunakan? Mengapa sebagai orang Melayu khasnya orang Islam, kita tidak menggunakan istilah yang lebih baik. Mengapa kita perlu mengikut budaya luar yang belum tentu berfaedah kepada kita. Alangkah baiknya jika kita menggunakan Ya Allah daripada OMG. Bukankah Ya Allah lebih khusus kepada kita sebagai umat Islam untuk mengingati tuhan kita (ALLAH). Menggunakan zikir Ya Allah akan lebih memberi ketenangan dan kedamaian kepada jiwa kita...jadi bukankah hati kita juga akan senang dan menjadikan hidup lebih ceria.

Seperti kata ustaz Syed Norhisham Tuan Padang dalam rancangan Madrasah Quran (TV al-Hijrah) hari ni, beliau berkata " penggunaan zikir dalam kehidupan harian merupakan akhlak bagi kita umat Islam,
1)ketika kita kagum terhadap sesuatu, sebutlah MasyaAllah @ SubhanaAllah,
2)ketika kita rasa cukup/syukur/puas hati, sebutlah Alhamdulillah,
3)begitu juga apabila kita marah, sebutlah La Ilahai La Allah - kerana marah itu sifat syaitan. bukan nya kita sebut Astaghfirullah. (Kaum ibu lebih banyak gunakan Astaghfirullah apabila sedang memarahi anak2)..perlu dibetulkan
4) ucplah Astaghfirullah apabila rasa bersalah terhadap sesuatu/atau melakukan sesuatu."


Maka, adalah lebih baik kita menggunakan zikir dalam kehidupan dari kita mengguna istilah yang tidak bermaksud apa-apa seperti OMG. Apa faedahnya OMG? Makin karut adalah...sampaikan tak kira usia sudah terpengaruh dengan OMG...

Marilah kita fikir semula, apakah bagus akhlak kita sekarang ni jika kita mudah terpengaruh dengan dengan anasir luar yang belum tentu bagusnya..Sebelum kita mengikut sesuatu budaya, alangka baiknya jika kita mengkaji baik dan buruknya budaya itu..