Tuesday, May 31, 2011

kisah pokok semalu


Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan.

Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah. Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek.

Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).

Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.

Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.

Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja.

Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil.

Sunday, May 22, 2011

Ingatan sebelum kerja

beberapa nasihat yang dikeluarkan pada laman web syok.com sebagai renungan kita bersama...

- persediaan yg paling berkesan untuk esok ialah melakukan kerja hari ini sebaik-baiknya.

- anda akan mengutip lebih banyak pengalaman sia-sia jika membuat sesuatu kerja tidak mengikut peraturan.

- salah satu keperluan membuat kerja adalah semangat.

- sesiapa yg tahu membuat sesuatu kerja adalah pekerja yg baik manakala sesiapa yg tahu bagaimana kerja itu dibuat akan menjadi ketuanya.

- apa yg tidak memenatkan bukan dinamakan kerja.

- orang yg tidak pernah membuat kesilapan,tidak pernah membuat sebarang kerja.

- orang berjaya ialah orang yang membuat kerja yang orang lain tidak suka buat.

- orang yang banyak bercakap adalah orang yang suka membuat kerja menggunakan lidah tanpa menggunakan tangan.

- terlalu ramai manusia berhenti membuat kerja sebaik sahaja dia diberikan jawatan.

- siapa yang tidak membuat kerja sepatutnya tidak perlu makan.

-DALAM JANGKA MASA YANG PANJANG,MANUSIA AKHIRNYA AKAN MENCAPAI JUGA KEMAHUANNYA UNTUK BEREHAT TANPA MEMBUAT SEBARANG KERJA--->MATI.

adakah kita seorang pemaaf?

Seorang Guru taman kanak-kanak telah mengadakan satu "permainan". Si
Guru telah menyuruh tiap-tiap anak muridnya membawa satu beg plastik
transparen bersama dengan beberapa biji kentang. Kentang-kentang
tersebut akan di beri nama berdasarkan nama orang-orang yang dibenci,
jumlah kentangnya tidak ditentukan berapa...bergantung jumlah
orang-orang yang dibenci.

Pada hari yang tersebut masing-masing murid membawa kentang dalam beg
plastik. Ada yang berjumlah 2, ada yang 3 bahkan ada yang 5. Sepertimana
perintah si guru mereka, tiap-tiap kentang di beri nama dengan nama-nama
orang yang dibenci. Seterusnya murid-murid dikehendaki membawa beg
plastik berisi kentang tersebut kemana saja mereka pergi, bahkan ke
toilet sekalipun, selama 1 minggu.

Hari berganti hari, kentang-kentang pun mula menjadi busuk, murid-murid
mulai mengeluh, apalagi yang membawa 5 buah kentang, selain berat dan
baunya juga tidak menyenangkan.

Setelah satu minggu murid-murid tersebut merasa lega karena penderitaan
mereka akan segera berakhir. Si Guru bertanya: " Bagaimana rasanya
membawa kentang2 tersebut selama 1 minggu ?"

Keluarlah keluhan dan rungutan dari murid-murid tersebut, secara umumnya
semua tidak senang dan selesa ketika membawa kentang-kentang busuk
tersebut terutamanya ke mana sahaja mereka pergi. Si Guru pun
menjelaskan apa erti dari " permainan " yang mereka jalankan. Si Guru
berkata : " Seperti itulah kebencian yang selalu kita bawa-bawa apabila
kita tidak dapat memaafkan orang lain. Busuk dan tidak menyenangkan
kerana membawa kentang busuk tersebut kemana saja kita pergi. Itu baru
hanya satu minggu. Bagaimana jika kita membawa (kentang2 busuk)
kebencian itu seumur hidup ? Alangkah tidak menyenangkan dan tersiksanya
..."

moga-moga kita sentiasa memaafkan orang lain.

Sunday, May 8, 2011

JOM BLAJA CAKAP GANU KITE..
meh pakak blajo bahase ganu kiter...

*
jauh sapok.....teramatlah jauhnye
*
panah sang (panah kettik)......panas yg teramat sgt
*
comel lote.........comel yg amat
*
ija naung..........hijau kehijauan
*
sejuk ketto........sejuk yg sgt2
*
itang lettung ( itang leggang)......tersangatlaa hitamnya
*
punoh jahnang......rosak
*
pughah hangik......hampeh gile
*
gugha bewok........gurauan yg menyebabkn pgaduh
*
air geh tujuh yu - pi cak katung jogek-jogek...air 7UP(kole beghang)
*
taik ayang muna....tahi ayam yg masih hangat
*
kona lepe.........kona lipat
*
kelecak...........terpelanting
*
nakuk paik.......penakut yg amat
*
tinggi lonjong....tinggi sgt
*
tinggi nyayuk......sama cm diatas
*
masing pekkok.....teramat masin!
*
sekak netting.....singkat sgt (kain)
*
nipih nayyang.....sgt nipis
*
maknga............cuai
*
babei.............degil (taktau nak eja camane)
*
jabir/supek/plastik ghok-ghak....plastic bag
*
koghok............tengkorak
*
kehek.............muntahkan semula
*
puahsang..........boring
*
meppeh............tak larat
*
kepeh blepeng..kempis sgt(sampai mcm
*
lempeng?)
*
lapo perut........lapar (bahse ganu yg sering
*
berangkai, sebut lapo misti ade perut)
*
ngatuk mate.......ngantuk
*
rokok cap unta nabai.. rokok camel koleberang's)
*
bodo oh lalu........bodo lebeh2 lebih2
*
koghok keghing goh....tengkorak yg sudah kering
*
(cm mengata/mengumpat)
*
kelecak baghak......terpelanting
*
kerek tlage......konkrit mengepung telage
*
tadok aghoh........habis ikhtiar
*
penuh poppok/rumbu.......penuh sampai melimpah
*
khapoh...........kerak (goreng posang etc)
*
penuh nembok......penuh sampai melimpah
*
gemuk debbok......gemuk sgt
*
kuruh kering.....sgt kurus
*
botok licing.......botak licin (rambut)
*
beso jereguk.....besar
*
kecok.............jln terhincut2
*
gege..............bising
*
suke glekek.......ketawe menggelekek
*
ketor geggor......terketar smp bergegar..hehe
*
manih leting......sgt manis
*
dulli mung........tak ambik peduli
*
musing ketang caghi-cari merate
*
letihsang.........sgt letih
*
bapok gong........sgt besar
*
gong..............sombong
*
srupe tule/supatula.......serupe je
*
beghak nanang......sgt berat
*
ringang lepung.....sgt ringan
*
ketik nnyamuk......digigit nyamuk
*
makang kkucing.....dimakan kucing
*
kattok wong........katak (siap ade bunyi tuu)
*
dop tahu starang.....tak tahu pun
*
busuk kohong....busuk gile
*
agah...org yg sombong
*
soheh dok munggg??... ko ni biar betul!!
*
makbrekmok... tuuttt(censored)
*
sewang......lbh kurang serabut jgk
*
membo nga bang......dok tahu nk explain
*
ape ke jadah ...... apa hal
*
apah nyor...... hampas kelapa
*
anguh letong...... sangat hangus
*
bata golek ..... boaster/bantal pelok
*
bronok ..... sejenis kuih yg diperbuat drpd sagu
*
bepang ....... sejenis kuih yg diperbuat drpd beras pulut
*
boloq woq ...... serabut
*
bahang ....... pukul kan!
*
Bluahh ......comot
*
culah ...... malah
*
ceekiik....... cubit-cubitan
*
dokdang ....... tak sempat
*
glising ......merekah
*
iiising ....... gile dooo
*
ikang aye ...... ikan tongkol
*
ikang kerah ekor ...... ikan cencaru
*
kheloqq ....... malu kot!
*
tunggu stor ....... malu sekejap
*
Kupik .........kedekut
*
Kembit ......mengada-ngada
*
gembik.....lebeh kurang bwh ah nk berdua2an je
*
ngerek...... selalu bwk awek kot?
*
Lembek ..... tilam
*
Lambur ....... beranda/balkoni
*
meroh merang ........merah sangat
*
memang dok arr ....... memang tak ar!
*
musing ligat ......... berpusing2
*
musing ketang ......... berpusing2
*
ngoyang ....... meroyan
*
nyekik ......... menyampah
*
nyakit nyamang ........ tidak bersangkutpaut
*
nyeh-nyeh ........ mengada-ngada
*
nisang .......gula melaka
*
skekk ..... sedikit
*
se`jek ...... masjid
*
sekut merri ......biskut merrie
*
se'eh ...... kenyang sangat
*
sorok....... drawer
*
tawor hebbe ....... tawar gile
*
tawor lembo....tawar(air)
*
tohok......buang
*
senyak tupih( senyap tuppah ).....senyap sunyi
*
tinggi sayuk....sgt2 tinggi
*
beso jallo.....sudah besar(org)
*
kecik tuik.....kecil sgt2
*
pucak kesi.......pucat
*
bising bango.....biSinG giLEr

http://www.getpay2click.com/v1/index.php?ref=mohdfirdaus