Tuesday, March 1, 2011

renungan kita bersama

aku pernah terbaca satu frasa yang berbunyi

"janganlah kita bercerita/menyebarkan/menghebahkan keburukan orang lain walaupun ianya benar. Walau keburukan itu benar, ianya adalah mengata, tapi kalau keburukan itu palsu, ianya adalah fitnah. Mengata dan fitnah itu lebih banyak membawa kerosakan kepada manusia."


Oleh itu, marilah kita sama-sama muhasabah diri kita sendiri. Apa yang kita lakukan? Adakah memberi kebaikan kepada orang lain?atau sebaliknya..

beberapa hadis yang menyentuh berkenaan akhlah manusia.

"Barang siapa yang tidak mengasihi manusia, dia tidak dikasihi ALLAH. "(Riwayat At Termizi)

"Kasihilah siapa sahaja yang ada di bumi nescaya akan mengasihi kamu siapa-siapa sahaja (malaikat) yang di langit." (Riwayat Abu Daud)

"Sebaik-baik manusia ialah orang yang memberi manfaat pada manusia (termasuk meratakan kasih sayang).
Sebaik-baik manusia ialah mereka yang paling baik akhlaknya (kasih sayang kepada orang lain)." (Riwayat At Tabrani)