Sunday, February 7, 2010

Menangis utk melembutkan hati

Manussia mana yang tak pernah menangis? Hampir tak ada. Kerana menangis itu adalah fitrah manusia. Sekeras mana pun hati manusia, pasti sewaktu bayi dia pernah menangis. Menangis membolehkan manusia mengurang perasaan tekanan dan menjadikan perasaan lebih tenang, nyaman dan baik. Manusia  menangis kerana banyak sebab, antaranya marah, sakit hati, gembira, kehilangan atau kematian dan kegagalan mengwal emosi.

Kaum wanita lebih banyak mengalirkan air mata dari kaum lelaki. Menurut sebuah kajian lelaku menangis sekali dalam sebulan berbanding wanita lima kali dalam sebulan. Ini kerana, Allah memberikan wanita air mata utk merncurahkan perasaan. Air mata ini boleh dialirkan pada bila-bila masa bila wanita itu inginkan. Ianya bukan kelemahan bagi wanita tapi merupaka airmata kehidupan.


Zubaidi Wahyono Rahmat (2006):

Suatu hari Rasullah duduk sambil berbincang dengan para sahabat. Ketika ada topik perbincangan yang menyentuh perasaan, para sahabat menangis kecuali Usamah Bin Zaid. Usamah mengutarakan soalan kepada Rasullah mengenai kekerasan hatinya.

Kemudian Rasullah meletakkan tangannya ke dada Usamah seraya berkata, "Keluarlah wahai musuh Allah!". Seketika itu keluarlah air mata Usamah, kemudian Rasullah berpesan:

  • 'buta mata' berpunca dari kekerasan hati
  • kekerasan hati berpunca dari banyak dosa
  • banyak dosa berpunca dari melupakan mati
  • melupakan mati berpunca dari panjang angan-angan
  • panjang angan-angan berpunca dari cinta dunia
  • cinta dunia merupakan sumber segala maksiat.

Menangis lah. Jangan kamu malu untuk menangis kerana Allah. tetapi jgn kamu menangis kerana meratapi yang lain dariNya.