Sunday, July 28, 2013

Petua Rasulullah Untuk Mendidik Anak

Rasulullah s.a.w. telah menggariskan 4 tahap mendidik anak iaitu:

1. Tahap Pertama:
Anak yang baharu lahir sehingga mumayyiz (enam tahun) hendaklah kita banyak bergurau dan membelai mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana haiwan menjaga anak.

2. Tahap Kedua:
Anak berumur 7 tahun sehingga baligh (14 tahun) hendaklah kita mendidik mereka dengan arahan, disiplin dan diberi tanggungjawab.

3. Tahap Ketiga:
Anak berumur 15 tahun hingga dewasa (21 tahun) hendaklah dididik dengan cara berkawan, bertukar pendapat dan hormati pendapat mereka selagi yang tidak bertentangan dengan syariat.

4. Tahap Keempat:
Anak berumur lebih 21 tahun hendaklah para ibu bapa memberikan kebebasan bertindak selagi tidak bertentangan dengan syariat. Ibu bapa hanya perlu bertindak sebagai penasihat agar segala tindakkan mereka terkawal.

InsyaAllah..cuba kita amalkan, semoga kita mendapat sebuah keluarga yang bahagia & sejahtera dalam lindunganNya..

Thursday, June 6, 2013

menasihati anak-anak

Pesanan dan arahan merupakan salah satu daripada kaedah yang disarankan oleh Rasulullah s.a.w. Anak anda hendaklah dididik dengan dipesankan sesuatu terlebih dahulu. Lihat bagaimana reaksi mereka? Apakah mereka boleh melakukannya hanya selepas sekali pesanan? Jika tidak berkesan, maka hendaklah dipesan berulang kali tanpa merasa jemu dan bosan.

Menurut pandangan pakar pendidikan kanak-kanak, anak yang pintar perlu diberi nasihat dan pesanan 200 kali tanpa bosan, supaya mereka benar-benar memahami pesanan itu dan dapat bertindak dengan baik.

Antara bentuk pesanan dan arahan kepada anak-anak adalah seperti berikut:
• Mengenai solat di awal waktu
• Adab dengan orang tua-tua
• Adab dengan guru
• Adab dengan kawan-kawan
• Tugas harian di rumah
• Mengemas bilik sendiri termasuk meja belajar.
• Tatacara makan mengikut sunnah nabi
• Cara belajar yang berkesan
• Ingat sentiasa menutup aurat apabila keluar dari rumah
• Keselamatan jalan raya
• Tanggungjawab melindungi adik-adik.

Petua Untuk Memberi Arahan Kepada Anak-Anak

a. Pesanan dan arahan merupakan salah satu daripada kaedah yang disarankan oleh Rasulullah s.a.w. Anak anda hendaklah dididik dengan dipesankan sesuatu terlebih dahulu. Lihat bagaimana reaksi mereka? Apakah mereka boleh melakukannya hanya selepas sekali pesanan? Jika tidak berkesan, maka hendaklah dipesan berulang kali tanpa merasa jemu dan bosan.

b. Menurut pandangan pakar pendidikan kanak-kanak, anak yang pintar perlu diberi nasihat dan pesanan 200 kali tanpa bosan, supaya mereka benar-benar memahami pesanan itu dan dapat bertindak dengan baik.

c. Antara bentuk pesanan dan arahan kepada anak-anak adalah seperti berikut:

• Mengenai solat di awal waktu
• Adab dengan orang tua-tua
• Adab dengan guru
• Adab dengan kawan-kawan
• Tugas harian di rumah
• Mengemas bilik sendiri termasuk meja belajar.
• Tatacara makan mengikut sunnah nabi
• Cara belajar yang berkesan
• Ingat sentiasa menutup aurat apabila keluar dari rumah
• Keselamatan jalan raya
• Tanggungjawab melindungi adik-adik.