Tuesday, April 13, 2010

pasar malam

hari ni aku gi pasar malam lagi
tapi on the way dah pikir nak makan apa....pikir punya pikir tapi tak tau nak beli apa...macam dah biasa je semua food kat pasar ni..akhirnya beli nasi kerabu...
tapi kalau gi pasar malam bangi ni..aku suka beli buah (betik & tembikai).
Sayur pun diorang jual murah2 je...brokoli boleh beli singgit je..mmg murah..mujur aku tak tinggal kat umah sewa..kalu tak mmg bertambah rajin la aku jadi tukang masak....maklum murah..ehhee

so..kalau korang la..apa yang korang beli kat pasar malam? kita survey skit
  1. makanan?
  2. sayur?
  3. bahan basah (ikan, ayam, daging)?
  4. bahan kering (bawang, rempah)?
  5. pakaian?
  6. buah-buahan?
  7. lain-lain...

Friday, April 9, 2010

teh pelangsing

teh pelangsing.....
Korang pernah tak cuba teh pelangsing untuk kuruskan badan...
aku pernah gak...tapi itu dulu....ader la aku try beberapa produk...tapi last2 aku fed-up..tak berkesan pun pada aku....
pastu aku maintain je badan 'sihat'....Sehingga la lepas aku balik dari India...kurus time baru balik india tu....aku pun pasang niat nak kurus semula..harap berjaya...tapi tak la guna produk2 kat pasaran just jaga makan la...tapi bab senaman aku malas skit...

aku nak story kat sini skit pasal teh pelangsing...aku dapat info ni dari majalah RAPI keluaran 1 April 2010;

menurut sebuah artikel yang diterbitkan di dalam Philippine Inquirer menyatakan bahawa teh pelangsing atau teh herba berbeza dengan jenis-jenis teh biasa yang lain. Salah satu tanaman herba yang digunakan dalam teh pelangsing ialah daun senna, yang merupakan laksatif yang dapat mengosongkan isi usus besar. Penggunaan dalam jangka masa yang panjang akan membuatkan dinding otot usus besar tidak dapat berfungsi dgn baik. Akibatnya anda tidak dapat membuang air sekiranya anda tidak mengambil lasaktif ini, semakin besar risiko kerosakan usus besar. Pengambilan teh pelangsing yang berterusan juga meyebabkan cecair tubuh dibuang secara berlebihan. ia boleh menyebabkan dehidrasi serta kehilangan mineral seperti kalsium, magnesium dan potasium. Rendahnya kadar potasium boleh mengakibatkan kelemahan otot dan denyutan jantung tidak teratur.

so..aku rasa, kalau rasa nak kurus baik guna cara tradisional je...jaga makan dan senaman....tak perlu lah guna produk2 yg ader skrg ni.. bukan tak sokong IKS...tapi bimbang kesan sampingan yg kita tak pasti atas diri kita....tepuk dada tanya selera...aku memang dah stop la..kalau guna produk2 utk kurus ni. Kalu pun nak kurus gak...diet sihat la...

Thursday, April 8, 2010

you're beautiful

last week aku layan citer koera. Drama korea 2009, you're beatiful. Drama ni drama remaja..tapi aku layan je..last2 aku terjerat..sehari tak buat keje...
Agak menarik cerita ni.. yang best lagu dia.. member aku ssiap download bagi aku..so skrg ni ringtone aku lagu korea plak..dah takder lagu hindustan lagi.

Sebenarnya, adik aku mintak aku download citer ni.. tapi aku malas. Aku beli je yg cetak rompak punya.. sekali aku pun terjerat sama..memang best la cite ni...

try link ni http://www.mysoju.com/ kalu nak tgk online la...